Kevin De Bruyne, Mohamed Salah dan Harry Kane adalah 3 nama yang memang sudah dijangka akan berada dalam kesebelasan tahunan EPL 2017/18.
Paling menarik adalah, Sergio Aguero pertama kali dipilih dalam kesebelasan tahunan EPL musim ini mengatasi rakan speasukan beliau Leroy Sane dan Raheem Sterling.
5 daripada 11 pemain adalah daripada pasukan juara Manchester City. Mereka adalah De Bruyne, Sergio Aguero, Kyle Walker, David Silva dan Nicolas Otamendi.
Spurs pula menyaksikan 3 pemain mereka berada dalam senarai iaitu Harry Kane, Jan Vertonghen dan Christian Eriksen. Vertonghen menunjukkan aksi cemerlang beliau musim ini.
Eriksen terus menjadi sumber kreativiti Spurs. Manakala Kane, bersaing untuk perebutan kasut emas EPL 2017/18.
Liverpool, Man. United dan Chelsea masing-masing dengan seorang pemain iaitu, Mohamed Salah, David De Gea dan Marcos Alonso.
David De Gea mengekalkan prestasi terbaik beliau musim ini dan berjaya menjadi penjaga gol no.1 Sepanyol.
Mohamed Salah dianggap calon pilihan untuk memenangi Anugerah Pemain Terbaik EPL 2017/18 selepas menjadi pemain pertama menang 3 Anugerah Pemain Terbaik Bulanan dalam semusim. Beliau sudah menjaringkan 30 gol daripada 32 penampilan.
Seorang lagi calon pilihan adalah Kevin De Bruyne yang menjadi nadi penting kejuaraan Man. City musim ini.
Sergio Aguero sebelum ini tidak pernah berada dalam kesebelasan terbaik tahunan walaupun dalam prestasi terbaik. Beliau menyertai Man. City pada 2011 dan memenangi Kasut Emas musim 2014/15. Penantian yang terlerai!
Musim ini beliau tidak bermain beberapa perlawanan kerana isu kecergasan dan kecederaan. Tetapi berjaya juga mendapat tempat.
Tiada pemain Burnley dalam senarai kesebelasan tahunan kali ini, walaupun pasukan tersebut mencabar Arsenal untuk tempat ke-6, dalam usaha mereka ke UEL buat pertama kali dalam sejarah kelab.
The PFA Premier League Team of the Year!
🏆 #PFAawards pic.twitter.com/p4owLbuBp5
— Professional Footballers’ Association (@PFA) April 18, 2018