Iceland layak ke European Championship 2016 buat pertama kali dalam sejarah apabila berjaya mendapat 1 mata yang diperlukan ketika menentang Kazakhstan semalam. Dalam perlawanan kelayakan Euro 2016 tersebut, Iceland seri 0-0.
3 hari lepas, Iceland membuat kejutan apabila menewaskan Belanda 1-0.
Iceland dan Republik Czech layak secara automatik daripada kumpulan A. Mereka akan menyertai Perancis (tuan rumah) dan England.
YES We qualified for EURO 2016! Thanks for all the terrific support and see you in France! pic.twitter.com/InQmjTzq2a
— Knattspyrnusambandið (@footballiceland) September 6, 2015
Iceland adalah negara terkecil yang pernah layak ke Euro 2016. Mereka hanya mempunyai populasi sebanyak 317,000; lebih kurang sama dengan populasi Bandar Baru Kulim.
Sebelum perlawanan, ketua jurulatih Lars Lagerback berkata layak ke Euro 2016 dengan Iceland lebih bermakna daripada layak 8 kali berturut-turut ke Euro 2016 dengan negara kelahirannya, Sweden.
Sejak Lagerback mengambil alih Iceland pada 2011, negara kecil itu telah naik 100 anak tangga ranking dunia FIFA. Kini Iceland berada di ranking ke-23 dunia. Di atas Perancis, Ukraine dan Russia.
Nasib Belanda tergantung
Sementara itu, nasib Belanda untuk layak ke Euro 2016 terumbang-ambing selepas tewas 0-3 kepada Turki semalam.
Ini adalah kekalahan terteruk Belanda sejak 1996, apabila mereka tewas kepada England 1-4 dalam kejohanan Euro 1996.
Ini juga kekalahan ke-2 Belanda selepas tewas 0-1 kepada Iceland pada 3 hari lepas.
Selepas ini, Belanda akan menentang Kazakhstan (away) pada 10 Oktober dan Republik Czech (home) pada 13 Oktober untuk merebut slot ke play-off. Turki berdepan laluan lebih sukar. Mereka akan bertemu Republik Czech (away) dan Iceland (home).
Kali terakhir Belanda gagal layak ke kejohanan utama adalah ketika mereka gagal layak ke Piala Dunia 2002. Kali terakhir mereka gagal layak ke European Championship adalah pada 1984.
Baca juga: “AJAX AMSTERDAM DAH MENGABAIKAN PRINSIP ASAS BOLA SEPAK” – JOHAN CRUYFF
Sumber: BBC Football