Liga Perdana Inggeris Tolak Penggunaan Teknologi VAR Pada Musim 2018/2019

Liga Perdana Inggeris (EPL) membuat keputusan untuk tidak menggunakan Teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) pada musim 2018/2019, demikian menurut pegawainya semalam.

Tindakan itu perlu selepas percubaan penggunaan VAR pada saingan EPL musim ini menunjukkan sistem berkenaan lebih banyak mencetuskan kontroversi biarpun teknologi terbabit tetap akan digunakan dalam saingan Piala Dunia Russia dengan ketua pegawainya percaya ujian lanjut perlu dilakukan.

Keputusan itu dibuat menerusi Mesyuarat Pemegang Saham EPL di London semalam dengan semua 20 kelab teratas liga mengundi.

“Kelab Liga Perdana Inggeris hari ini bersetuju bahawa ujian lanjut mengenai penggunaan sistem VAR perlu diteruskan sepanjang musim 2018/2019.

“Keputusan itu dibuat selepas perbincangan secara menyeluruh mengenai kemajuan yang dibuat berdasarkan percubaan VAR dalam bola sepak Inggeris dan kunci utamanya ialah dengan menggunakan dalam lebih banyak perlawanan di tempat lain.

“Semua kelab juga mengiktiraf dan menerima baik perkembangan laporan disediakan oleh Pengarah Urusan PGMOL (Pengarah Jawatankuasa Pertandingan Perlawanan Profesional) Mike Riley dan pasukannya,” kata jurucakap Liga Perdana Inggeris dalam satu kenyataan.

Teknologi VAR yang digunakan ketika dalam saingan Piala FA musim ini.

Salah satu kebimbangan utama mengenai penggunaan VAR seperti dikemukakan sekarang ialah tempoh masa yang diperlukan untuk mencapai keputusan muktamad.

Keputusan berkenaan juga tidak semestinya jelas kepada penonton di dalam stadium apabila pengadil perlawanan meminta perlawanan dihentikan sementara bagi mengkaji kejadian sebenar.

“Justeru, kelab EPL bersetuju bahawa ujian lanjutan akan berterusan sehingga akhir musim 2018/19 untuk menambahbaik terhadap sistem, terutamanya sistem komunikasi di dalam stadium dan bagi mereka yang mengikuti di rumah dan di seluruh dunia.

“Justeru, pasukan Liga Perdana Inggeris meminta VAR untuk digunakan lebih meluas di Piala FA dan Piala Carabao (Liga) pada musim 2018/19.”

Satu lagi masalah yang dibimbangi selepas percubaan di seluruh dunia adalah persoalan menyedihkan apabila VAR perlu dipanggil untuk membatalkan kesalahan yang “terang dan jelas.”

Terdapat juga kontroversi di mana gol England dibatalkan ketika aksi pemanas badan Piala Dunia apabila VAR membantu Itali memperoleh gol penyamaan 1-1 di Wembley, pada bulan lalu, selepas pengadil Jerman, Deniz Aytekin membatalkan keputusan awalnya untuk tidak memberikan sepakan penalti apabila pemain gantian Federico Chiesa terjatuh selepas dicabar James Tarkowski lima minit sebelum masa tamat.

Bagaimanapun, Presiden Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA), Gianni Infantino, menjelas mengapa VAR akan digunakan buat pertama kali di Piala Dunia Russia, tahun ini di sebalik kritikan dan tentangan berterusan dari dalam dan luar bola sepak.

“Kami akan menggunakannya pada 2018, buat pertama kali, Piala Dunia dengan VAR,” kata Infantino selepas mesyuarat Majlis FIFA. Perkara ini sudah diluluskan dan kami amat gembira dengan keputusan ini,” katanya. – AFP

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN