Andres Iniesta tidak menolak kemungkinan yang semalam adalah perlawanan UCL terakhir beliau untuk Barcelona. Iniesta sebelum ini menandatangani kontrak seumur hidup dengan Barcelona.
Beliau membayangkan mungkin akan meninggalkan Barcelona selepas tamat musim ini dengan kehadiran bintang baru Phillipe Coutinho.
Barcelona membawa bekalan 4-1 dari Nou Camp. Tetapi tewas 3-0 di Stadio Olimpico. Roma menyingkirkan Barcelona dengan peraturan gol di tempat lawan.
Edin Dzeko, De Rossi dan Kostas Manolas memberikan kemenangan bermakna kepada AS Roma.
Iniesta tidak mahu menyembunyikan kekecewaan beliau. Beliau berkata:
“Memang ada kemungkinan perkara ini berlaku, dan ianya menyakitkan. Ini adalah penyingkiran yang melukakan kerana tiada siapa yang menjangka perkara ini akan berlaku selepas kami mendahului mereka (4-1).”
“Apabila anda melakukan tugas dengan teruk, melakukan banyak kesilapan dan gagal untuk menyesuaikan diri dengan perlawanan, inilah yang akan berlaku, dan kami berhak untuk menerimanya.”
“Ianya kekecewaan yang sangat besar selepas musim yang kami lalu setakat ini. Sukar untuk menerima penyingkiran ini kerana kami ada banyak harapan untuknya, tetapi ianya telah lenyap.”
Musim lalu Barcelona mencipta kebangkitan luar biasa ke atas PSG selepas ketinggalan 4-0 dalam perlawanan pertama di Paris. Barcelona bangkit untuk menang 6-1 di Nou Camp.