Juup Heynckes Beri Penghormatan Buat Arjen Robben Dan Franck Ribery Selepas Kejayaan Menjuarai Bundesliga

Kejayaan menjuarai Bundesliga musim 2017/18 disifatkan oleh pengurus Bayern Munich, Juup Heynckes sebagai penghormatan buat dua pemain berpengalaman iaitu Arjen Robben dan Franck Ribery atas segala apa yang mereka telah kecapi bersama kelab.

Pengendali berusia 72 tahun itu turut memuji duo pemain profesional yang hebat tersebut selepas mereka berdua membantu Bayern Munich mengecapi kejuaraan ke-6 berturut-turut.

Robben menghasilkan jaringan ketiga pada minit ke-62 ketika bertemu Augsburg sekaligus menobatkan Bayern selaku juara walaupun saingan liga masih berbaki tujuh perlawanan lagi.

Beliau kemudiannya dikeluarkan pada minit ke-83 untuk digantikan dengan Thomas Muller. Manakala, Ribery pula dimasukkan seminit sebelum itu bagi menggantikan Juan Bernat.

Lebih manis, semalam juga merupakan hari ulangtahun kelahiran ke-35 buat Franck Ribery.

Juup Heynckes
GUANGZHOU, GUANGDONG – JULY 26: Franck Ribery (R) and head coach Jupp Heynckes of Bayern Muenchen during a training session ahead the friendly match against VfL Wolfsburg as part of the Audi Football Summit 2012 on July 26, 2012 at the Tianhe Sports Stadium in Guangzhou, China. (Photo by Victor Fraile/Getty Images)

”Ini adalah pengiktirafan dari saya kerana mereka berdua telah bermain untuk FC Bayern (Munich) masing-masing selama sembilan dan 10 tahun,” kata Heynckes.

”Mereka berdua adalah pemain profesional yang hebat dengan kualiti yang luar biasa juga ditampilkan.”

”Mereka profesional seperti hanya beberapa pemain yang pernah bekerja bersama saya, jadi ini merupakan penghormatan buat mereka berdua.”

”Kami perlu beraksi dalam suku akhir Liga Juara-Juara Eropah pada Rabu ini, kemudiannya bertemu Monchengladbach di laman sendiri. Selepas itu kami perlu menentang Leverkusen pada Selasa dan Sabtu menentang Hannover.”

”Selepas itu, saya harap kami dapat beraksi di peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah. Jadi saya mahu kami mengekalkan tenaga. Kerana itulah saya tidak memasukkannya (Ribery) dari awal permainan.”

Bayern Munich akan menanti kunjungan Sevilla pada perlawanan timbal balik peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah pada 12 April nanti.

Perlawanan pertama di gelanggang lawan pada pertengahan minggu, Bayern Munich menang 2-1 menerusi jaringan Thiago Alcantara dan sumbangan gol sendiri oleh Jesus Navas.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN