Quantcast

BERITA

Sporting Lisbon Nafikan Khabar Angin Mengenai Penggantungan Pemain

Beberapa hari lalu, telah tular berita mengenai sekumpulan pemain daripada Sporting Lisbon digantung daripada kelab.

Krisis itu dikatakan bermula apabila Presiden kelab, Bruno de Carvalho mengkritik pemain kelab itu secara terbuka di salah satu akaun laman sosial miliknya.

Ketika itu, mereka tewas kepada Atletico Madrid dalam perlawanan suku akhir pertama pada Khamis.

Petisyen

Pasukan Sporting Lisbon pada musim ini. Sumber: The Sun.

Difahamkan seramai 19 orang pemain telah menandatangani satu petisyen. Petisyen itu dikatakan menyebut supaya memohon Presiden menghormati para pemain.

Maksudnya, para pemain terkesan dengan kritikan individu tersebut secara terbuka. Bukan senang untuk beraksi di Liga Europa malah mereka berjuang sejauh suku akhir.

Bukannya Sporting Lisbon tewas teruk dan masih ada lagi perlawanan timbal balik.

Laporan lain mengatakan, para pemain enggan turun menjalani sesi latihan dek kerana kritikan itu. Disebabkan itulah munculnya berita Presiden kelab itu mengambil tindakan menggantung mereka.

Mujurlah pada Jumaat, kelab segera membuat kenyataan bahawa laporan itu palsu.

Bertemu

Para pemain Sporting Lisbon telah bertemu Presiden bersama staf kelab dalam satu pertemuan tertutup. Namun, perkara yang dibincangkan tidak didedahkan.

Pengurus Sporting Lisbon, Jorge Jesus memaklumkan bahawa beliau telah diberi kebebasan memilih pemain untuk perlawanan yang berbaki.

Malah, semua pemain dapat dibenarkan beraksi untuk menentang Pacos Ferreira pada Ahad.

Cabaran Sporting

Sporting Lisbon kini menduduki tangga keempat dalam saingan Liga Portugal. Mereka memenangi 20 perlawanan dan 5 kali seri selepas mengharungi 28 perlawanan.

Mereka kini ketinggalan 9 mata dibelakang pendahulu liga, Benfica.

Setiap pasukan Liga Portugal akan menghadapi 34 perlawanan semusim. Liga Portugal mempunyai 18 kelab bertanding pada musim ini.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!