Shopee Piala FA 2018: Semut Merah ‘Gigit’ Seladang Di Shah Alam

Kelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) berjaya menumpaskan Perak dengan keputusan 2-1 pada perlawanan suku akhir pertama Shopee Piala FA Malaysia 2018 yang berlangsung di Stadium Shah Alam sebentar tadi.

Separuh masa pertama

Aksi permulaan babak pertama kurang memperlihatkan gerakan berbahaya dicipta kedua-dua pasukan dengan bola lebih banyak berlegar-legar di tengah padang.

Memasuki minit ke-21, aksi sedikit berubah apabila pemain pertahanan kanan Perak, Amirul Azhan Aznan meledakkan rembatan bagi menguji Mohd Shahril Saari di gawang tuan rumah.

Bagaimanapun Shahril bertindak cemerlang untuk menafikan percubaan dari luar kotak penalti tersebut.

PKNS FC juga hampir mendapatkan jaringan pendahuluan seminit kemudian selepas Rafael Ramazotti yang berjaya melepasi kawalan pertahanan Perak, melakukan percubaan lambung yang berjaya menewaskan Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy.

Ketika pintu gol sudah terbuka luas, Robert Cornthwaite bertindak cemerlang untuk mengeluarkan bola daripada bergolek masuk membolosi gawang Perak.

Pemain import PKNS FC dari Singapura, Muhammad Faris Ramli membuatkan penyokong pelawat yang membanjiri Stadium Shah Alam tergamam seketika menerusi jaringan pada minit ke-25.

Jaringan pembukaan itu terhasil berpunca daripada kesilapan Cornthwaite yang gagal menyepak bola dari kawasan bahaya lalu dirampas dan disempurnakan dengan tenang oleh Faris.

Gilmar Jose Da Silva Filho berpeluang untuk menyamakan kedudukan pada penghujung babak pertama.

Namun, percubaan luar kotak penalti menarik yang diledakkan sekali lagi dinafikan dek kecekapan Shahril Saari mengemudi gawangnya.

Separuh masa kedua

Ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic melakukan pertukaran awal dengan memasukkan Ahmad Khairil Anuar Zamri bagi menggantikan Kenny Pallraj untuk mencipta lebih banyak gerakan menarik ke kubu PKNS FC.

Kemasukan Ahmad Khairil Anuar jelas memberikan impak yang positif apabila kehadiran beliau jelas mengkucar-kacirkan jentera pertahanan tuan rumah terutama menerusi larian pantasnya dari sebelah kanan.

Pemain yang lebih dikenali sebagai ‘Beto’ ini terlepas peluang keemasan untuk mencipta jaringan selepas percubaan hasil ‘cut back’ yang dilakukan Mohd Nor Hakim Hassan itu hanya tersasar.

Seorang lagi pemain gantian Perak, Mohd Nazrin Nawi turut berusaha untuk menguji gawang Shahril Saari, tetapi percubaan menerusi sepakan percuma dari pemain sayap tersebut hanya sedikit tersasar di sebelah kanan pintu gol PKNS FC pada minit ke-72.

Sebahagian besar aksi di babak kedua ternyata didominasi oleh pasukan Perak yang begitu bernafsu untuk mencari jaringan penyamaan.

Bagaimanapun usaha bertali arus yang dilancarkan pemain-pemain Perak masih menemui jalan buntu.

Ketika Perak ghairah memburu jaringan, penyerang berpengalaman, Safee Sali menghukum kealpaan jentera pertahanan pasukan pelawat untuk jaringan kedua buat PKNS FC menerusi tandukan hasil hantaran dari Mahalli Jasuli pada minit ke-89.

Perak kemudiannya dianugerahkan sepakan penalti pada minit ke-94 selepas K.Reuben melakukan kekasaran terhadap Nasir Basharudin dalam kotak penalti.

Wander Luiz Bitencourt Junior yang mengambil sepakan penalti tersebut tidak mensia-siakan peluang untuk jaringan saguhati buat Perak.

Walaupun tewas,  jaringan dari Wander Luiz itu dapat memberikan bekalan gol di tempat lawan menjelang perlawanan kedua di Ipoh.

Perlawanan tamat dengan keputusan memihak buat PKNS FC dengan keputusan 2-1.

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN