Kuantan FA Mungkin Terpaksa ‘Tutup Kedai’ Lebih Awal

Isu masalah pembayaran gaji yang melibatkan pasukan Kuantan FA sehingga kini masih belum menemui jalan penyelesaiannya sehingga menyebabkan para pemain dan barisan jurulatih sudah hilang sabar.

“Selamatkan pemain dan pasukan kami daripada tutup kedai dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) musim ini,” kata ketua jurulatih Kuantan FA, Ismail Zakaria kepada berita harian.

“Kini tidak sampai 20 pemain masih menjalani latihan bersama saya dan sebahagian besar mereka adalah pemain muda berbakat manakala tonggak utama sudah meninggalkan pasukan.

“Malah saya difahamkan ada lagi beberapa pemain yang akan turut serta meninggalkan pasukan.

“Saya bimbang jika situasi ini berterusan, pertemuan dengan Pulau Pinang pada 9 April ini tidak dapat dilangsungkan kerana mungkin hanya tinggal beberapa pemain saja.

“Oleh itu kami berharap dan memohon jasa baik pihak pengurusan supaya segera menyelesaikan masalah tunggakan gaji itu sekali gus pemain dapat memberi fokus 100 peratus bagi aksi selepas ini,” katanya.

Menurut laporan daripada akhbar tempatan itu, bukan hanya gaji pemain dan pegawai tidak dibayar bermula Januari lalu hingga kini, malah elaun yang sepatutnya diterima pemain Disember lalu juga tidak dibayar hingga kini.

Lebih menyedihkan pemain menyatakan pengurusan sudah berjanji lebih tujuh kali untuk menyelesaikan masalah tunggakan gaji, namun ia hanya tinggal janji.

Ismail berkata, hingga kini beliau masih boleh bersabar walaupun pengurusan terus berdiam diri.

“Tapi saya sedih kerana mereka menganiaya pemain dan jurulatih yang kini bagaikan hidup mengemis selepas tidak menerima gaji lebih tiga bulan lalu.” katanya.

Jawatankuasa Status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam mesyuarat kali keeempat bagi penggal 2017-2021 bulan lepas telah mengarahkan Kuantan FA membayar tunggakan gaji kepada pemain dan staff pasukan itu.

Malah, Kuantan FA diberi tempoh 30 hari daripada tarikh keputusan itu dikeluarkan.

Jika pihak pengurusan persatuan-persatuan tersebut terus gagal membayar jumlah tunggakan seperti yang diarahkan, maka mereka akan dihadapkan kepada Jawatankuasa Tataterib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM, untuk tujuan pertimbangan dan keputusan berikutnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN