David James Bidas Berbatov Selepas Dituduh Acah-Acah Hebat Taktikal

Pengurus kelab Liga Super India (ISL), David James akan mulai merekrut pemain yang benar-benar ikhlas untuk beraksi di kancah saingan domestik di negara tersebut, setelah Dimitar Berbatov bertindak meninggalkan kelab tersebut.

Bekas penyerang Tottenham Hotspur dan Manchester United itu sebelum ini mengkritik James yang disifatkan ‘acah-acah’ seorang jurulatih yang hebat, sambil mengkritik James kerana gaya permainan yang diterapkan oleh bekas penjaga gol England itu.

(Photo by Robert Prezioso/Getty Images)

Berbatov kemudiannya mengambil tindakan meninggalkan kem pasukan Liga Super India tersebut.

Komen sarkastik daripada Berbatov yang turut dimuatnaik di media sosial itu jelas tidak disambut dengan baik oleh James.

James yang turut pernah menyarung jersi Portsmouth sepanjang 26 tahun karier profesionalnya mengakui bahawa episod dengan Berbatov tersebut memberi pengajaran bahawa beliau perlu berhati-hati di dalam pemilihan pemain pada masa hadapan.

“Polisi pengambilan pemain akan berbeza mulai sekarang. Soalan pertama yang akan saya tanya kepada pemain ialah adakah mereka benar-benar mahu bermain di India. Jika mereka tidak suka datang ke sini, atau tidak pasti, maka kami juga tidak memerlukan mereka di kelab bola sepak ini,” ujar James kepada Goal.

“Setiap penyokong berhak mengetahui samaada seseorang pemain benar-benar mahu beraksi bersama Kerala Blaster. Pamain yang didatangkan bukan bertujuan untuk bercuti di sini.”

“Untuk kes Berbatov, saya tahu niat dia datang ke sini. Saya tidak mempunyai masalah untuk itu kerana saya bukan individu yang bertanggungjawab membawa Berbatov ke sini.”

“Saya faham mengapa beliau memilih untuk pergi, dan itu adalah keputusan beliau. Saya tiba di sini di pertengahan musim, dan melakukan sedikit perubahan termasuk di jendela perpindahan Januari lalu,” jelas James lagi.

Dimitar Berbatov

Berbatov yang merupakan juara 3 kali Liga Perdana Inggeris ketika bersama Manchester United menyertai Kerala Blasters pada musim panas 2017 sebagai pemain bebas. Beliau meninggalkan PAOK Thessaloniki pada Julai 2016.

Di Kerala Blasters, Berbatov berada di bawah kendalian bekas penolong pengurus Manchester United, Rene Meulensteen. Bagaimanapun jurulatih berbangsa Belanda itu melepaskan jawatan beliau bersama Blasters selepas permulaan yang buruk sebelum diganti oleh David James.

Berbatov tampil di dalam 9 perlawanan bersama Kerala Blasters, dan hanya menjaringkan 1 gol sebelum meninggalkan kelab tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN