Ronaldo Perlu Tinggalkan Planet Bumi Kerana Dia Makhluk Asing

Jaringan sepakan gunting Cristiano Ronaldo ketika menentang Juventus di suku akhir Liga Juara-Juara semalam mencuri tumpuan para pemerhati bola sepak dunia.

Gol itu disifatkan sebagai luar biasa dan turut mendapat pujian daripada legenda bola keranjang, LeBron James.

“Anda datang dari planet mana?” tanya muka hadapan akhbar harian AS untuk menerangkan jaringan menakjubkan Ronaldo itu.

Akhbar Sepanyol, Marca turut menyanjung jaringan akrobatik itu dengan gelaran ‘Gol’ pada muka hadapan mereka.

Sementara itu, di bahagian dalam menyaksikan Marca menyifatkan Ronaldo sebagai ‘Di Stefano 2.0’ memandangkan Real Madrid tidak pernah menewaskan Juventus di laman lawan sejak mendiang Alfredo di Stefano menjaringkan gol tunggal pada suku akhir pertama Piala Eropah 1962.

Di Stefano disifatkan sebagai pemain terhebat pernah beraksi buat Madrid dan membantu mereka meraih Piala Eropah lima kali berturut-turut.

Ronaldo yang menjadi satu-satunya pemain selain Di Stefano untuk meledak gol sekurang-kurangnya dalam tiga aksi final kini semakin hampir untuk berkongsi takhta bersama pemain Argentina itu dengan jaringan menarik itu.

“Cristiano Ronaldo boleh meninggalkan bumi dan mula bermain menentang Martians. Dia sudah melakukan segala-galanya di sini,” kata bekas rakan sepasukannya, Alvaro Arbeloa menerusi Twitter.

Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane mengakui beliau ‘cemburu’ dengan jaringan yang dilakukan oleh Ronaldo.

Walau bagaimanapun, dia tetap menganggap jaringan Ronaldo sebagai antara jaringan terbaik dalam sejarah.

“Anda boleh membuat perbandingan, tetapi jaringan saya lebih cantik.

“Tapi, jaringan yang dihasilkan oleh Ronaldo adalah satu salah yang terbaik dalam sejarah bola sepak.

“Saya pengendali Real Madrid tetapi saya juga peminat bola sepak. Apabila melihat jaringan ini, meletakkan tangan di kepala adalah satu tindak balas di luar kawalan saya.

“Saya sangat gembira untuk Ronaldo. Dia adalah pemain yang unik dan mampu melakukan apa sahaja,” katanya ketika ditanya perbandingan terhadap kedua-dua gol tersebut.

(Photo by Jean Catuffe/Getty Images)

Ronaldo menjaringkan gol menerusi percubaan sepakan gunting ketika Real menewaskan Juve 3-0 ke atas Juventus di Turin.

Selepas membuka jaringan dalam tempoh tiga minit di Turin, pemenang Ballon d’Or lima kali itu menampilkan percubaan memukau hingga memaksa penjaga gol Juve, Gianluigi Buffon, terpaku manakala penyokong tuan rumah berdiri memberikan tepukan kepada Ronaldo.

Zidane, yang meledak gol buat Real ketika berdepan Bayer Leverkusen di Glasgow 16 tahun lalu dilihat sebagai jaringan terbaik dalam saingan UCL, kagum dengan dua jaringan Ronaldo yang meletakkan Real selangkah lebih hampir untuk ke separuh akhir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN