“Thiago terpaksa diketepikan selama setahun kerana kecederaan. Kami kehilangan pemain hebat. Dia sentiasa bermain tanpa rasa takut walau di mana-mana posisi yang saya letakkan.”
“Kini kami gembira beliau sudah sembuh dan boleh bermain.”
Inilah komen Pep Guardiola mengenai Thiago Alcantara ketika sidang akhbar perlawanan antara Bayern Munich dengan Borussia Dortmund pada 4 April 2015.
Dalam perlawanan tersebut, Thiago kembali bermain selepas lebih setahun merawat kecederaan lututnya. Atau lebih tepat lagi, 371 hari.
371 hari tanpa bola
Bagi pemain bola sepak profesional seperti Thiago Alcantara, setahun tak bermain dalam perlawanan bola sepak sebenar adalah satu penyeksaan.
Selepas baru saja pulih, lutut kiri beliau cedera sekali lagi pada Oktober 2014 ketika menjalani latihan. Kali ini, lututnya memerlukan pembedahan.
Jika tidak kerana kekuatan mental dan sokongan keluarganya, Thiago pasti akan meragui kebolehan dirinya untuk pulih 100% daripada kecederaan ini.
Inilah yang cuba ditunjukkan oleh Thiago dalam dokumentari pendek beliau yang bertajuk ‘Apa Maksud Nombor 371 Dalam Hidup Anda?‘.
Apa maksud nombor 371?
Dokumentari ini menunjukkan proses pemulihan yang dilalui oleh Thiago untuk kembali daripada kecederaan lututnya.
Paling menarik, ia juga menunjukkan impak kecederaan Thiago kepada bapa, ibu (gambar bawah), adik dan isterinya.
Menurut ibu Thiago:
“Kalau boleh, saya nak kecederaan itu berlaku kepada saya. Bukan Thiago.”
Peranan adik, Rafael dalam proses pemulihan Thiago
Peranan Rafael Alcantara (Rafinha), pemain Barcelona yang merupakan adik Thiago, juga sangat penting ketika proses pemulihan kecederaan Thiago. Rafael sering menemaninya berjoging dan menemaninya di rumah.
Dokumentari ini juga menunjukkan klip rakaman eksklusif Thaigo dan Rafael yang masih kecil (dianggarkan berumur 4-6 tahun) bermain bola di padang. Kami seronok melihat Rafinha membentes abangnya sebelum bergusti di tengah-tengah padang!
Perspektif pemain
Dokumentari ini menarik kerana ia menceritakan dari perspektif pemain. Bagaimana mereka melakukan proses pemulihan kecederaan. Bagaimana mereka mengekalkan kekuatan mental ketika cedera.
Dan bagaimana mereka menjadi lebih kuat selepas pulih.
Dokumentari ini telah dimuatnaik di profail rasmi Thiago Alcanatara di Facebook. Ia mempunyai 4 episod pendek dan boleh ditonton di sini:
Episod 1 (Peranan ibu bapa Thiago)
#Thiago371 Episode 1/4#Thiago371 I hope you like the first episode! ?
Posted by Thiago Alcantara on Wednesday, August 19, 2015
Episod 2 (Peranan adik Thiago, Rafinha)
#Thiago371 Episode 2/4#Thiago371 Here you are the second episode!”The most important is to accept it. To accept that things go wrong and tat you have to begin from zero. The point where you don’t look for any guilty” ?
Posted by Thiago Alcantara on Friday, August 21, 2015
Episod 3 (Peranan isteri dan keluarganya)
#Thiago371 Episode 3/4#Thiago371 I hope you like the third episode!
Posted by Thiago Alcantara on Sunday, August 23, 2015
Episod akhir (Peranan Dr. Ramon Cugat, pakar ortopedik terbaik di dunia)
#Thiago371 Episode 4/4Last chapter…! I hope you like it #Thiago371 Thanks for your support!—Chapter 1: http://on.fb.me/1ECQpkSChapter 2: http://on.fb.me/1JaRMLCChapter 3: http://on.fb.me/1Lr8wzd
Posted by Thiago Alcantara on Tuesday, August 25, 2015
Baca juga: 5 CARA BAGAIMANA PEMAIN EROPAH MENCEGAH SAKIT LUTUT