Piala AFC 2015: Mampukah Pahang Menewaskan Tunjang Skuad Kebangsaan Tajikistan?

Anak buah Zainal Abidin Hassan perlu melihat perlawanan menentang pasukan Tajikistan, FC Istiklol, malam ini untuk melupakan kekecewaan kempen Liga Super 2015 mereka.

Selepas seri 2-2 kepada Felda United, Pahang menyerahkan kedudukan pendahulu liga kepada pesaing terdekat, JDT. Dalam perlawanan terakhir liga yang mereka perlu menang, Pahang layu di Kuala Terengganu. Mereka tewas 1-3 kepada Terengganu.

Zainal pantas mengalihkan perhatian pemain-pemainnya daripada kekecewaan di liga kepada perlawanan ini. Dalam perlawanan yang membuatkan Pahang terpaksa menempuh perjalanan 9,000 kilometer ke Dushanbe, Zainal mengaku tidak banyak mengetahui maklumat mengenai FC Istiklol.

istiklol_pahang_pc_8x4

“Kami tak pernah jumpa pasukan Asia Tengah sebelum ini. Dan tak banyak maklumat boleh didapati tentang mereka walaupun saya dah melihat video perlawanan mereka.”

FC Istiklol adalah pasukan pertama dari Tajikistan yang layak ke ke peringkat suku akhir Piala AFC. Mereka melakukannya selepas menang penalti 4-2 ke atas pasukan Syria, Al Wahda, dalam pusingan 16 pasukan terakhir.

Ketika ini di liga Tajikistan, FC Istiklol mendahului liga dengan 7 mata. Dalam perlawanan liga baru-baru ini, FC Istiklol seri 0-0 dengan Regar-TadAZ, pasukan tangga ke-3 liga.

Dalam kempen Piala AFC 2015, FC Istiklol menang 3 kali, seri 3 kali dan kalah sekali. Mereka sudah menjaringkan 13 gol dan bolos 9 kali.

Dari segi taktikal, FC Istiklol gemar menyerang dengan formasi 4-3-3. Mereka gemar merancang serangan dengan hantaran pendek dan tempo perlawanan yang laju.

Trio Siyovush Asrorov, Manuchehr Dzhalilov dan penyerang Sepanyol, Manuel Bleda adalah rangkaian penyerang yang perlu diberikan perhatian oleh Pahang.

Di peringkat kumpulan, FC Istiklol berada dalam satu kumpulan dengan juara bertahan Piala AFC, Qadsia SC dari Kuwait. Dan mereka pernah tidak mempunyai masalah untuk menewaskan Qadsia SC 2-0 di halaman sendiri dan seri 2-2 di Kuwait.

Meskipun FC Istiklol baru ditubuhkan 8 tahun lepas, visi mereka untuk menjadi salah satu kelab terbesar di Asia adalah visi yang serius.

Mereka adalah satu-satunya kelab bola sepak di Tajikistan yang mempunyai akademi sendiri. Hampir semua pemainnya merupakan pemain kebangsaan Tajikistan. Antaranya kapten, Dilshod Vasiev (dalam gambar), Nuriddin Davronov, Fatkhullo Fatkhuloev dan Sokhib Suvonkulov.

tajikistan

Pahang pula menang 2 kali, seri 2 kali dan kalah 2 kali. Setakat ini, Pahang sudah menjaringkan 11 gol dan bolos 10 gol.

Ketika pusingan 16 pasukan terakhir, Pahang mendapat kemenangan percuma selepas Persipura Jayapura dihukum AFC.

Baca juga: PIALA AFC 2015: MAMPUKAH SOUTH CHINA MEMECAHKAN REKOD KEBAL JDT DI LARKIN?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN