Di mana harus kita bermula? Malam serba tidak menjadi buat Pep Guardiola dan laskar Citizen bimbingannya?
Walaupun memiliki 7 percubaan dan mendominasi 62% penguasaan bola sepanjang perlawanan (terutama pada separuh masa kedua), Manchester City jelas tidak mempunyai jawapan untuk menembusi barisan pertahanan Liverpool.
Persoalannya, setelah begitu konsisten sepanjang musim, mengapakah Manchester City begitu longlai pada separuh masa pertama perlawanan menentang Liverpool?
Tenggelam kerana atmosfera di Anfield? Kesilapan taktikal Guardiola? Kesilapan pemain di atas padang? Atau bagaimana?
Untuk itu, media sosial (MedSos) mempunyai pelbagai andaian. Apapun, perlawanan malam tadi mendapat pelbagai reaksi netizen dari dalam dan luar negara. Ikuti sebahagiannya di sini.
Tidak kurang juga yang bertanggapan Liverpool harus memohon maaf kepada Pep Guardiola dan barisa pemainnya, kerana Mohamed Salah dan rakan-rakan secara teknikalnya telah merosakkan barisan pertahanan Manchester City.
Liverpool are going to have to issue another statement apologising for the damage done to City’s defence
— Tom Adams (@tomEurosport) April 4, 2018
Jika kesilapan pemain yang menjadi punca kekalahan, gol pertama jaringan Salah adalah hukuman terhadap deretan kesilapan.
Silap langkah oleh Nicolas Otamendi, diikuti kegagalan Kyle Walker mengeluarkan bola dari zon bahaya, memberi peluang kedua buat Roberto Firmino menolak bola kepada Salah untuk Liverpool 1-0 di hadapan.
Manchester City’s defence 1st half…. pic.twitter.com/tlJuzRKs8d
— Football Super Tips (@FootySuperTips) April 4, 2018
Kredit harus diberikan kepada James Milner untuk gol kedua jaringan Alex Oxlade-Chamberlain. Pemain veteran berusia 32 tahun itu tampak lebih berdedikasi untuk menghasilkan sesuatu sebelum menghasilkan bantuan gol untuk rakan sepasukan.
Liverpool attack anytime they see Man city defence ?? #LIVMCI pic.twitter.com/F7qCJEfitm
— Daddy CHO (@Chidubem__O) April 4, 2018
Manchester City’s defence is fake news.
— Musa Okwonga (@Okwonga) April 4, 2018
Gol kedua Liverpool di dalam perlawanan ini langsung tidak menggambarkan keampuhan mereka di dalam saingan domestik.
Ketinggalan 2-0 di peringkat kalah mati, adalah sesuatu yang sukar. Ia disukarkan lagi dengan jaringan ketiga oleh Sadio Mane pada minit ke-31 perlawanan.
Don’t forget
Anfield Stadium cost: 245mCity’s entire defence cost: 225m pic.twitter.com/wiC2EYOQlJ
— Hiffey (@PsychoCesc) April 4, 2018
Tindakan Otamendi membenarkan Salah memperolehi bola, sebelum menghantar satu lambungan cantik mencari Mane untuk disudahkan.
Anda tidak boleh menyalahkan penyokong jika ada yang mempersoalkan nilai pelaburan City terhadap pemain pertahanan pada musim ini.
Didn’t City spend 300 million on this defence?
— The United Stand (@UnitedStandMUFC) April 4, 2018
Adakah kehilangan beberapa pemain utama seperti Sergio Aguero dan Raheem Sterling menjadi punca kepada kekalahan Mancheter City.
Media sosial juga teruja apabila perkhabaran mengatakan Salah dikeluarkan untuk menunaikan solat. Perkhabaran tersebut juga tidak benar. Sebaliknya, penyerang antarabangsa Mesir tersebut dikeluarkan setelah Klopp menurut nasihat pegawai perubatan pasukan.
Tidak kurang juga terdapat penyokong yang kecewa kerana kemenangan Liverpool. Alangkah indahnya jika pasukan sendiri yang melalui kemenangan sebegini.
Bagaimanapun, kedua-dua pasukan masih mempunyai baki 90 minit perlawanan untuk membuktikan keupayaan masing-masing.
Jose, can we have the keys to your BUS next week?
— Darren Teow (@DaRReN_TeOw) April 4, 2018
Tiga gol untuk dipertahankan, ia turut mendapat reaksi dari penyokong Liverpool akan bagaimana untuk bertahan.
Andaian? Banter? Kegembiraan? Kesedihan? Semuanya digambarkan di dalam artikel ini selepas kemenangan 3-0 oleh Liverpool ke atas Manchester City pada pagi tadi.
Siapapun kita, raikan bola sepak dengan sewajarnya. Bola sepak itu indah. Bola sepak itu drama, panas, meruntut jiwa dan sebagainya.
Walau bagaimana cara anda mengenangnya, lakukan dengan semangat fair play.
“WE ARE RIVALS, NOT ENEMIES”.