VIDEO: Amirudin Shari Suruh FAS ‘Go To Hell’, Isu Stadium Shah Alam

ADUN Batu Caves yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Y.B Amirudin Shari nyata gagal mengawal emosi di dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), ketika menjawab soalan daripada pihak pembangkang pada dua hari lalu.

Di dalam jawapan beliau, Amirudin kelihatan agak berang apabila ditanya oleh ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi berkenaan kemelut bola sepak yang melanda Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan Kerajaan Negeri berhubung penggunaan Stadium Shah Alam sebagai venue tuan rumah juara 33 kali Piala Malaysia itu.

Amirudin yang kelihatan tenang sepanjang persidangan kelihatan berang selepas soalan oleh pihak pembangkang yang diwakili oleh Parti Barisan Nasional (BN) bertanyakan soalan sambil menuduh pendirian pihak Kerajaan Negeri berhubung isu penggunaan Stadium Shah Alam adalah bermotifkan politik.

“Go to hell (pergi jahanam) kepada mereka,” kata Amiruddin, merujuk kepada Persatuan Bola sepak Selangor (FAS) yang didakwanya menjadi ejen BN untuk menyerang kerajaan negeri berhubung isu tersebut.

Menurut Amirudin yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda & Sukan, Kebudayaan Dan Pembangunan Usahawan Negeri Selangor, pihaknya pernah bersedia untuk ke meja rundingan bersama FAS untuk menyelesaikan isu itu.

Bagaimanapun FAS dikatakan menolak cadangan tersebut dan enggan berjumpa dengan beliau.

“Akhirnya bila buka pintu rundingan, surat terbaru yang saya terima daripada FAS tak nak berjumpa dengan saya.

“Isunya mereka nak gunakan ia sebagai modal politik, menjadi ejen BN dalam FAS untuk jadikan isu ini sebagai isu politik serang kerajaan negeri dan jadi agenda untuk memburukkan kerajaan negeri.

“Go to hell kepada mereka, kita ada rancangan sendiri,” ujar Amiruddin dengan nada marah sambil merujuk kepada FAS.

Amirudin turut mempertahankan pendirian Kerajaan Negeri Selangor di dalam isu ini disebabkan tindakan FAS yang seolah-olah membelakangkan Sultan Selangor ketika pertandingan Piala Sultan Selangor pada tahun lalu.

Exco Selangor terebut berkata FAS bertindak demikian dengan tidak membenarkan pemain-pemain di bawah seliaan mereka beraksi di pertandingan tersebut.

Amirudin turut berkata tindakan FAS yang hanya mahu meminta untuk berjumpa dengan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali adalah sikap yang bongkak daripada pengurusan persatuan tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN