Robson Rendy Rining Gembira Raih Anugerah Pemain Terbaik Liga Premier PFAM- asiana.my Februari 2018

Robson Rendy Rining

Penjaga gol Sabah, Robson Rendy Rining berjaya mengenepikan cabaran dari empat orang pemain import untuk meraih Anugerah Pemain Terbaik Liga Premier Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) – asiana.my bagi bulan Februari 2018.

Penjaga gol berusia 25 tahun itu telah menerima undian tertinggi daripada penyokong Liga Malaysia apabila mencatatkan 92.57% iaitu sebanyak 2,468 undian.

Undian yang diterima Rendy itu terlalu jauh meninggalkan Lucas Pugh (UiTM FC), Gilberto Fortunato (Felda United), Anselmo Arruda Da Silva (Felcra United) dan Zarko Korac dari Kuantan FA

Robson Rendy Rining menjadi antara tunjang utama buat skuad Sang Badak musim ini dalam merekodkan 2 kemenangan dan 3 seri serta masih belum mencatatkan sebarang kekalahan dalam saingan Liga Premier setakat ini.

Rendy turut bertindak cemerlang menyelamatkan sepakan penalti yang diambil Leo Carioca ketika perlawanan Sabah bertemu Felcra FC di Stadium Shah Alam pada 6 Februari lalu.

Beliau ketika ditemui oleh wakil PFAM dalam majlis penyerahan anugerah tersebut ternyata gembira dengan pengiktirafan ini.

“Saya amat gembira dengan anugerah ini dan pastinya saya berterima kasih kepada para peminat yang mengundi saya, tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada PFAM yang mengambil inisiatif untuk menganjurkan anugerah ini.”

“Dengan anugerah yang saya terima ini, saya tidak akan menoleh ke belakang lagi dan pastinya akan akan terus memberikan komitmen terbaik untuk pasukan yang saya wakili”.

Anugerah Pemain Terbaik Liga Premier PFAM- asiana.my ini telah disampaikan oleh Presiden PFAM, Rezal Zambery Yahya.

Sementara itu, Setiausaha PFA Malaysia, Ahmad Fauzi Saari dan Bendahari PFA Malaysia, Rudie Ramli serta Ketua Pegawai Eksekutif PFA Malaysia, Izham Ismail turut hadir pada majlis yang berlangsung di Kota Kinabalu itu.

Dengan kejayaan ini, Robson Rendy Rining telah menerima sebuah Trofi dan sebingkai gambar sumbangan asiana.my , wang tunai berjumlah RM500 sumbangan 139associates dan MK, jersi tajaan PaddyGear, produk minyak wangi tajaan BB7, kasut sukan tajaan AY Sports dan juga perapi rambut tajaan Major Pomade.

Foto: PFAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN