Akhyar Berpotensi Ikut Jejak Langkah Egy Maulana Merantau Di Luar Negara

Walaupun skuad Harimau Malaya mencatat keputusan yang agak mengecewakan ketika aksi persahabatan antarabangsa menentang Mongolia kelmarin, namun kelibat pemain muda dari Kedah, Muhammad Akhyar Rashid yang menjaringkan 1 gol berjaya mencuri perhatian para penyokong dan pemerhati bola sepak tempatan.

Kelincahan pemain muda yang berusia 18 tahun ini berjaya mengucar-kacirkan barisan pertahanan Mongolia sehingga mendapat pujian daripada pengendali skuad Genghis Khan itu, Michael Weiss.

“Malaysia pasukan yang bagus, saya menyaksikan skuad B-23 Malaysia tahun lalu. Saya tak tahu kenapa pemain nombor tujuh (Akhyar Rashid) tidak ada dalam kesebelasan utama. Dia banyak memberi masalah kepada kami, dan saya tidak ada banyak pilihan pemain untuk dimasukkan,” katanya kepada wartawan.

Malah lagenda bola sepak negara, Khalid Ali menyifatkan persembahan yang ditunjukkan pemain itu sungguh luar biasa walaupun hanya dimasukkan pada separuh masa kedua.

Jelasnya, Malaysia memerlukan lebih ramai pemain muda seperti Akhyar jika mahu memperbaiki mutu permainan di masa akan datang.

“Saya memang tabik pemain nombor 7 (Akhyar) kerana dia telah menunjukkan keberanian yang tinggi dalam aksi-aksi antarabangsa.

“Bagi saya, kita memang memerlukan lebih ramai pemain seperti ini yang sentiasa berlari dan sama sekali tidak takut untuk memberi asakan demi asakan untuk membantu negara menghasilkan jaringan.

“Sayangnya, penyerang kita terlalu tumpul. Mungkin Tan Cheng Hoe perlu membariskan lebih ramai pemain muda yang lebih layak untuk menyarung jersi Harimau Malaya selepas ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Akhyar Rashid jelas menunjukkan bahawa beliau adalah pemain muda berbakat yang sepatutnya dipasarkan ke luar negara. Akhyar mempunyai potensi, namun dengan syarat, momentum perkembangannya tidak boleh diusik atau direncatkan.

Kita ambil contoh daripada Indonesia yang ternyata berjaya memasarkan bakat muda mereka iaitu Egy Maulana Vikri ke Eropah.

Egy Maulana ialah pemain muda yang sebaya dengan Akhyar dan berjaya mendapatkan kontrak profesional bersama sebuah kelab Liga Ekstraklasa Poland, Lechia Gdansk.

Egy juga sebelum ini pernah juga dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa buah kelab dari Asia termasuk Selangor FA, Brisbane Roar serta Chainat Hornbill selain pernah menjalani sesi percubaan dengan beberapa kelab gergasi Eropah seperti Benfica, Sporting Lisbon, Getafe, Espanyol, Legia Warsaw dan Saint-Etienne.

“Saya sangat bangga dapat berada disini. Ini seperti sebuah mimpi saya mampu berada di Eropah. Semoga saya boleh memberi yang terbaik kepada pasukan ini.”

“Bagi saya sebuah impian itu mampu menjadi kenyataan asalkan kita mempunyai keyakinan dan bekerja keras”, jelas Egy Maulana Vikri.

Egy juga turut memberitahu kepada media bahawa alasan utama beliau memilih Lechia Gdańsk adalah untuk membina tapak di Eropah. Pihak kelab juga telah membuat keputusan untuk memberi jersi nombor 10 kepada Egy dan ini telah membuatkan beliau merasa terharu dan dihargai.

Ianya tidak mustahil jika Akhyar mengikut jejak langkah Egy Maulana selepas Nazmi Faiz Mansor suatu ketika dahulu pernah mendapat mendapat kontrak beraksi dengan kelab Portugal, Beira Mar.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN