VIDEO: Bolt Sempat Lakukan Nutmeg, Sebelum Tanduk Cantik Hantaran Gotze

Bekas pelari pecut bertaraf legenda daripada Jamaica, Usain Bolt menjalani latihan bersama Borussia Dortmund, menyertai pemain seperti Marco Reus dan Mario Gotze selama tempoh dua hari.

Bolt yang telah bersara sepenuhnya dari acara pecut telah memenangi 8 pingat emas di Sukan Olimpik, dan sentiasa mengimpikan beraksi untuk kelab kesayangan beliau, Manchester United.

Namun semalam Bolt dirakam menjalani latihan bersama kelab Bundesliga, Borussia Dortmund. Turut kelihatan ialah pemain yang tidak dipanggil untuk tugasan antarabangsa, termasuk bekas pemain Chelsea Andrew Schurrle.

Latihan yang dijalani oleh Bolt bersama Dortmund direalisasikan oleh penaja Bolt dan Dortmund iaitu PUMA yang merupakan syarikat pembekal peralatan dan kelengkapan sukan bagi kedua-dua pihak.

Sebelum menyertai latihan bersama Dortmund, pemegang rekod acara 100 meter ini turut pernah menyertai latihan bersama kelab bola sepak di Afrika Selatan, Melodi Sundowns pada Januari lalu sebagai sebahagian persiapan untuk satu perlawanan amal yang akan diadakan di Old Trafford pada June hadapan.

“Ia berjaya dilakukan. Saya berasa seronok menjalani latihan di sini. Pemain-pemain Dortmund sangat mengalu-alukan, ujar Bolt. Seramai 1409 peminat Bolt dan penyokong Dortmund menghadiri sesi latihan tersebut untuk menyaksikan sendiri aksi bekas juara Olimpik itu.

Pemain tengah, Nuri Sahin turut meluahkan perasaan gembira kerana diberikan kesempatan untuk berjumpa dengan pelari terpantas dunia ini sambil memuatnaik gambar bersama dengan Bol di dalam laman Twitter milik beliau.

Di dalam latihan tersebut, Bolt sempat menjaringkan satu gol melalui tandukan selepas menerima hantaran lintang cantik daripada Gotze.

Dan mungkin Bolt perlu memperbaiki ‘first touch’ yang dimiliki beliau.

Saksikan aksi sesi latihan Bolt bersama Dortmund melalui pautan video di bawah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN