FAM Gantung Liridon Krasniqi 2 Perlawanan Dan Didenda RM1500

Pemain tengah Kedah, Liridon Krasniqi digantung 2 perlawanan oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam mesyuarat kali kelima bagi penggal 2017-2021 pada 21 Mac 2018.

Menurut FAM, beliau digantung kerana melanggar Artikel 50.1(d) dibaca bersama dengan Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakannya berkelakuan ganas dengan menyiku di bahagian leher Pemain Perak, Leandro Dos Santos Oliveira ketika perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman pada 7 Februari 2018.

Penggantungan 2 perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatic, didenda sebanyak RM1,500.00 serta diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini tidak boleh dirayu.

Piala Malaysia

Selain Liridon, kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakannya berkelakuan yang menyinggung ketika perlawanan menentang Perak.

Pada perlawanan itu, Kedah gagal catat kemenangan pertama di laman sendiri apabila tewas 1-3 kepada Perak pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman.

Bermula dengan gerakan pantas, Kedah menerima dua peluang menerusi sepakan percuma yang disempurnakan Liridon Krasniqi dan pada minit ke-3 dan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-6 namun kedua-duanya gagal menghasilkan gol.

Perak bangkit dengan memulakan gerakan bahaya pada minit ke-9 melalui gerakan Misagh Bahadoran dari bahagian kiri pintu gol Kedah namun hantaran silang itu berjaya disambar oleh penjaga gol muda Kedah, Asri Muhamad.

Kedah

Perak melakukan kejutan dengan gol pertama pada minit ke-20 apabila pemain import, Gilmar merembat kencang dari jarak 20 meter.

Kedah pula memperoleh gol penyamaan hasil sepakan penalti minit ke-77 yang disempurnakan Sandro Da Silva selepas Akhyar Rashid dijatuhkan dalam kawasan penalti.

Pada minit ke-81, Kedah dikejutkan dengan layangan kad merah kepada Krasniqi selepas menyiku pemain import Perak, Leandro Dos Santos.

Beraksi dengan 10 pemain, Kedah terus tertekan dan pada minit ke-86, Robert Cornthwaite menambah gol kedua pelawat hasil sepakan percuma yang menewaskan Asri disusuli gol ketiga hasil jaringan pemain muda, Nazrul Naim di hujung babak perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN