Jaminan Keselamatan Dengan Risiko Untuk Penyokong Arsenal ke Moscow

Semua sudah maklum bahawa Arsenal diundi bertemu CSKA Moscow untuk perlawanan suku akhir Liga Europa musim ini.

Tetapi undian itu telah mencetuskan kontroversi yang tular di laman-laman berita bola sepak dunia. Seolah-olah UEFA telah mencurahkan minyak ke dalam api yang sedang marak.

Nasihat perjalanan

Kerajaan Britain telah memuatnaik nasihat perjalanan untuk rakyatnya sekiranya ke Rusia. Ini termasuk para penyokong Arsenal yang dari negara tersebut.

Tetapi nasihat perjalanan itu telah dimuatnaik terlebih dahulu beberapa hari sebelum undian Liga Europa pada Jumaat.

Kejadian di Salisbury telah menjadikan hubungan Britain dengan Rusia menjadi tegang dan panas. Ya, dua beranak dari Rusia dipercayai telah diracun oleh ejen diupah kerajaan Rusia.

“Disebabkan ketegangan politik di antara UK dan Rusia, pelawat ke negara berkenaaan harus menjangkakan  sentimen anti-British atau sebarang gangguan berkaitan. Jika anda berada di Rusia atau sedang merancang perjalanan ke negara berkenaan, anda dinasihatkan untuk berhati-hati, mengelak daripada terlibat dengan mana-mana gerakan memprotes dan demonstrasi; ataupun berbicara secara terbuka mengenai perkembangan politik semasa di negara berkenaan,” ujar satu kenyataan daripada pihak kerajaan Britain.

Kerajaan Britain telah bertindak untuk menghalau pegawai diplomat Rusia dari negara tersebut. Rusia tidak mendiamkan diri lalu membuat tindakan yang serupa.

Rusia memberi tempoh seminggu kepada diplomat Britain untuk meninggalkan negara tersebut.

Difahamkan Keluarga Diraja British serta barisan pemimpin negara tersebut tidak akan menghadiri Piala Dunia pada musim panas nanti.

Jaminan keselamatan

Arsenal pernah menentang CSKA Moscow dalam UEFA Champions League 2006-07. Sumber: IE.

Pegawai bola sepak Rusia, Alexei Sorokin telah memberitahu bahawa tiada apa yang perlu ditakutkan jika ke Moscow. Makluman itu ditujukan khas kepada penyokong The Gunners.

Perlawanan pertama suku akhir akan diadakan di London pada 5 April. Manakala perlawanan kedua akan dilangsungkan pada seminggu kemudian.

Memang agak dikesalkan UEFA apabila lambat bertindak. Belum terlewat lagi sekiranya pihak UEFA untuk melakukan undian semula jika ada keperluan mendesak.

Bak kata peribahasa ‘better late than never.’ Walaupun dengan jaminan keselamatan, ia pasti masih satu jaminan yang mempunyai risiko tersendiri.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN