Sathia Berang Pasukan Liga Malaysia Masih Menggunakan Istilah “Direhatkan”

Kelmarin, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mengumumkan bahawa pengendali pasukan Selangor, P. Maniam ‘direhatkan’ kerana prestasi buruk skuad itu selepas mencatat 3 kekalahan berturut-turut.

Istilah ‘direhatkan’ yang sering digunakan oleh pasukan Liga Malaysia (Liga M) memberi bayangan khidmat Maniam kemungkinan besar tidak diperlukan dan pengurusan pasukan itu akan mencari penggantinya.

Mengulas mengenai perkara itu, Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan berkata kepada Berita Harian, istilah itu sebenarnya tidak wujud dalam kamus bola sepak sebaliknya kerap diguna pakai di Malaysia.

“Apa maksud mereka ‘merehatkan’ jurulatih? Kalau ikut fahaman saya, jurulatih hanya direhatkan hanya atas sebab tertentu seperti masalah kesihatan atau mengambil cuti.

“Tapi, kalau direhatkan kerana prestasi pasukan tidak memuaskan sesuatu yang sangat janggal. Adakah mereka bermaksud selepas direhatkan beberapa perlawanan atau beberapa bulan, jurulatih berkenaan akan dikembalikan semula tugas itu?

“Belum ada dalam sejarah bola sepak jurulatih direhatkan kerana prestasi kemudian ditugaskan semula. Kalau benar, mana jurulatih itu hendak letak muka di depan pemain? Dia tidak akan dihormati lagi,” katanya.

Sumber: Selangor FA, Facebook.

Sathia turut berpendapat tindakan pengurusan persatuan itu yang cuba berselindung di sebalik istilah ‘direhatkan’ dianggap sebagai pengecut dan tidak professional.

“Mengapa mereka takut hendak berterus-terang bahawa khidmat jurulatih itu sudah tidak diperlukan dengan berselindung di sebalik perkataan ‘rehat’. Ini satu tindakan pengecut dan tidak profesional.

“Tidak perlu kita hendak menunjukkan sifat budi bahasa dengan menggunakan perkataan ‘rehat’ yang kononnya lebih diplomatik bagi menggantikan perkataan ‘disingkir’ yang dikatakan kasar.

“Kalau mereka sudah tidak perlukan khidmat jurulatih itu, berterus-terang sahaja. Kemudian, kedua-dua pihak boleh duduk semeja untuk berunding jalan terbaik untuk jurulatih itu dilepaskan,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Maniam yang tidak ikut skuad Selangor ke Terengganu bagi menghadapi saingan Piala FA malam ini mengakui FAS masih merupakan majikannya dan akur terhadap keputusan mereka untuk merehatkannya.

“Mereka masih majikan saya kerana kontrak saya masih berbaki sehingga akhir tahun.

“Saya akur walau apa pun keputusan mereka. Buat masa sekarang saya akan berehat daripada tugas sebagai jurulatih Selangor seperti diputuskan,” kata Maniam.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN