Draxler Sekolahkan Unai Emery, ‘Kenapa Tak Main High Pressing?’

Unai Emery kini menjadi watak paling tertekan di kem PSG. Sebelum ini beliau mendakwa yang pengadil adalah punca Real Madrid menang 3-1 di Bernabeu.

Beliau yakin jika pengadil lebih adil atau melayan PSG sama seperti Real dalam perlawanan ke-2, PSG akan tetap mara.

Musim lalu, Unai Emery menyalahkan pengadil ketika pertemuan dengan Barcelona di Nou Camp kerana dikatakan memihak kepada Barcelona.

PSG sekali lagi disingkirkan pasukan dari Sepanyol dalam saingan UCL. Sedangkan pada awal musim mereka diletakkan ‘bookmakers’ sebagai calon utama juara.

Ini selepas Real Madrid bergelut dengan prestasi dan Barcelona dan Bayern Munich juga dalam proses untuk ‘settle down’.

PSG berbelanja sangat besar mendapatkan Kylian Mbappe dan Neymar dengan nilai €400. Unai Emery boleh petik siapa sahaja pemain yang beliau nak untuk dibeli.

(Photo by Xavier Laine/Getty Images)

Musim lalu beliau mendapatkan Julian Draxler yang dalam prestasi terbaik di Bundesliga dan peringkat antarabangsa. PSG membayar €35 juta untuk pemain tersebut.

Dalam perlawanan menentang Real Madrid awal pagi tadi, penyerang sayap dari Jerman itu dibawa masuk pada minit ke-76. Dan beliau dengan terbuka mengkritik corak pengurusan dalam perlawanan Unai Emery.

Menurut Draxler, PSG seharusnya mengambil risiko dengan memasukkan lebih ramai pemain serangan lebih awal. Mungkin daripada minit pertama lagi. Ini kerana mereka 2 gol di belakang secara aggregate.

Ketika Draxler dibawa masuk, PSG sudah beraksi 10 pemain kerana Veratti diperintahkan keluar padang. Bercakapa kepada ZDF, beliau berkata:

“Tindakan coach kurang sensitif dengan keadaan. Saya tak pasti apa yang berlaku. Saya terkejut dan marah.”

“Kedudukan adalah 1-1 tetapi tiada perubahan taktikal dilakukan untuk pasukan kami. Saya merasakan, kami perlu berterusan melakukan desakan di garis tinggi (high pressing) dan bermain ofensif.”

“Kemudian, kami hilang seorang pemain dalam keadaan 1-1. Seluruh stadium tahu yang agak mustahil untuk mengubah keadaan kerana kami tak cukup intensiti dalam padang.”

“Real Madrid bermain dengan apa yang mereka ada dan penuh keyakinan. Kami tidak cemas langsung.”

Draxler mungkin akan dipanggil mengadap oleh Unai Emery selepas ini kerana kenyataan pedas beliau terutama sekali ketika beliau mempertikaikan corak taktikal dan perbelanjaan kelab pada pra musim dengan berkata:

“Kami bermain dengan banyak hantaran ke belakang. Anda tidak boleh menjaringkan gol dengan corak permainan itu.”

“Anda harus menekan Real Madrid dari mula apabila anda 3-1 di belakang secara aggregate. Bukannya kerap menghantar bola ke belakang dan mengharapkan sesuatu berlaku.”

“Kami tidak menekan lawan kami dari awal dan itulah sebabnya kenapa kami berhak tersingkir.”

“Pra-musim lalu, kami membelanjakan €400 juta dan semua orang bercakap bagaimana kami boleh mengubah keadaan di dalam pasukan. Tetapi kami tetap gagal lagi musim ini.”

“Saya masih yakin pasukan ini masih belum beraksi dalam kekuatan sebenar. Dalam perlawanan seperti ini anda harus sedari ada sesuatu yang hilang untuk memenangi trofi besar.”

“Itu yang harus membuatkan kami berfikir sekali lagi.”

Julian Draxler menjadi pemain yang kian dilupakan ketika di Parc des Princes dengan skuad yang ada. Beliau boleh dikatakan pilihan ke-3 dalam pasukan. Sama ada untuk posisi sayap kanan atau kiri.

Kami kagum dengan penaakulan taktikal pemain ini. Kami berharap ada pemain Malaysia mampu berhujah seperti ini kepada wartawan.

Nanti ada akan berkata, ini tak boleh di Malaysia sebab mengkritik jurulatih. Maksud kami di sini adalah hujah taktikal dan tak semestinya anda perlu mengkritik jurulatih sendiri untuk menjaga keharmornian dalam pasukan.

Tak adalah kita mendengar pemain hanya berkata, “kami berpuas hati menang dengan mengikut arahan ‘coach’.” Ataupun, “kami akan bangkit selepas kekalahan ini.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN