Empat Perkara Yang Perlu Anda Hentikan Dari Berfikir Bagi Mengelakkan ‘Mental Koyak’ Ketika Berfutsal

Futsal

Menjadi seorang pemain yang aktif berfutsal membuatkan anda menggalas tanggungjawab berat yang melibatkan emosi bagi menjadikan pasukan anda sebuah pasukan yang baik.

Dalam usaha untuk membawa pasukan futsal anda sebagai antara yang terbaik di kawasan anda pastinya pelbagai perkara yang bermain di minda sebelum mahupun ketika menghadapi sebarang perlawanan.

Tidak mustahil pemikiran negatif akan terbit dalam minda anda sekiranya akibat daripada terlalu memikirkan untuk mencapai impian itu.

Anda perlu memahami bahawa setiap emosi atau perasaan negatif yang dicetuskan bakal menganggu tumpuan anda terhadap permainan dan berkemungkinan membuatkan anda mengalami kesulitan dalam gelanggang.

Berikut adalah perkara yang perlu anda berhenti dari berfikir ketika beraksi:

1) Hentikan dari berfikir untuk menjadi pemain yang sempurna

Tiada seorang pun pemain futsal yang sempurna walaupun di peringkat dunia. Masih terdapat beberapa perkara yang menjadi kelemahan buat seseorang pemain.

Sekiranya anda merasakan diri anda mahu menjadi sempurna, ianya memberikan peluang lebih besar untuk anda kecewa dengan diri sendiri sekiranya tidak mencapai apa yang dihajatkan dalam permainan.

Jangan biarkan perkara ini menghantui diri anda kerana anda hanya perlu untuk berusaha bagi memperbaiki diri dari kesilapan yang dilakukan.

2) Hentikan dari berfikir anda yang mengawal segalanya

Setiap pemain hanya perlu fokus pada tugas mereka sendiri tanpa perlu terlalu memikirkan soal lain terutamanya melihat kesalahan rakan sepasukan.

Perkara ini akan menjadi masalah yang besar sekiranya emosi anda terganggu dengan perkara ini.

Apabila anda merasakan semua perkara perlu dikawal oleh diri anda, ianya akan membuatkan anda hilang fokus pada permainan dan sering salah menyalahkan sesama sendiri.

Berikan tumpuan pada matlamat asal anda dan juga pasukan serta kawal diri untuk mencapai apa yang ingin dikecapi.

3) Hentikan dari berfikir anda tahu semua benda dan tidak boleh ditegur

Sebagai pemain anda perlu terima pendapat dan juga teguran dari orang lain.

Teguran yang diberikan adalah untuk pembelajaran anda bagi terus berusaha menjadi lebih baik.

Masih terdapat kekurangan yang anda tidak dapat kesan namun dapat dilihat oleh orang disekeliling anda.

Dapatkan pendapat rakan sepasukan atau jurulatih (sekiranya ada) mengenai aspek yang diperlukan oleh diri anda untuk perbaiki kualiti dan corak permainan.

4) Hentikan dari berfikir kesilapan yang dilakukan sebagai kegagalan peribadi anda

Pemain berfikir bahawa kesilapan dilakukan berasakan dia telah gagal sebagai pemain, maka dia akan mula mempersoalkan dirinya dan meragui kemahiran atau kebolehannya.

Belajar dari kesilapan yang dilakukan agar tidak mengulanginya dan membantu pasukan dalam mencapai matlamat yang ingin dicapai.

Terlalu memikirkan perkara negatif akan membuatkan emosi anda terganggu dan secara langsung akan membuatkan prestasi anda terjejas akibat perkara tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN