La Liga Sahkan Penggunaan VAR Pada Musim Hadapan

Pesatuan Bola Sepak Sepanyol, RFEF dan La Liga telah bersetuju untuk menerima penggunaan VAR musim hadapan. Kini fasa latihan untuk implementasi VAR sudah dibuat.

Kenyataan rasmi tentang hal itu telah dihebahkan dalam siaran media di laman rasmi La Liga.

La Liga merasakan VAR adalah perlu dalam liga mereka. Teknologi tersebut sudah diluluskan oleh International Football Association Board (IFAB).

Langkah permulaan, mereka menggunakan VAR dalam liga utama sahaja iaitu La Liga. Carlos Velasco Carballo adalah orang yang bertanggungjawab sebagai Pengarah Projek dan Instruktor Abitrari.

Lokasi VOR (Pusat Operasi Video/ Video Operation Center) adalah di Las Rozas. Dikatakan kerja-kerja pemasangan peralatan sudah pun dilakukan. Mediapro dilantik menjadi pembekal teknologi untuk rakaman video.

VAR dijangka akan digunakan pertama kali di La Liga pada 2 Mac ini secara talian tertutup sebagai salah satu latihan praktikal.

Pegawai terlibat akan belajar protokol VAR dengan beberapa simulasi. La Liga akan menggunakan beberapa insiden VAR dari seluruh dunia sebelum ini sebagai panduan pembelajaran mereka. Dalam sesi latihan VAR ini, tiada komunikasi dengan stadium.

Implementasi VAR dalam La Liga ini menunjukkan yang La Liga juga terbuka menerima teknologi dalam bola sepak meskipun mereka tidak menggunakan teknologi garisan gol setakat ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN