Kita perlukan lebih ramai pemain bola sepak seperti ini.
Baru-baru ini, UNICEF atau United Nation Children’s Fund (Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) telah menganjurkan majlis Un Sol Para Los Chicos (Mentari Untuk Kanak-Kanak).
Ia bertujuan untuk mengutip derma bagi membantu NGO kanak-kanak di negara-negara Amerika Selatan. Derma dikutip melalui panggilan telefon, SMS dan mendapat publisiti meluas di media.
Bagaimanapun tanpa dijangka 5 juta rakyat Argentina yang menonton program itu, Lionel Messi muncul untuk turut menderma dan mempromosi inisiatif UNICEF kepada penonton TV.
Messi turut menyediakan cek derma bernilai 4.5 juta Peso Argentina (RM 1.9 juta ringgit) melalui Lionel Messi Foundation kepada UNICEF Argentina.
https://twitter.com/TodaPasion/status/630436324575678468
Walaupun tidak dapat hadir ke majlis tersebut kerana tugasannya bersama Barcelona, Messi telah merekod semua video dengan sebuah mesej ringkas:
“Saya gembira kerana dapat menyertai anda semua melalui video ini, melalui kerjasama dengan warga UNICEF”.
Baca juga: LELAKI INI TERSELAMAT DARI SINDIKET CULIK NIGERIA SELEPAS MENYEBUT NAMA MESSI