Gary Neville pantas menafikan dakwaan bintang Liverpool, Mohamed Salah adalah pemain terbaik di Liga Perdana Inggeris sejak Thierry Henry.
Jaringan pemain antarabangsa Mesir ketika membantu Liverpool menewaskan West Ham 4-1 pada hujung minggu yang lalu, bermakna Salah berkongsi kedudukan sebagai penjaring terbanyak buat seketika sebelum Harry Kane tampil dengan gol kemenangan ketika menentang Crystal Palace.
Jaringan ke-20 dengan kaki kiri, bermakna Salah menjadi pemain pertama yang menjaringkan gol dengan kaedah tersebut di Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam tempoh semusim.
Kehebatan prestasi Salah musim ini mendorong pengulas sukan, juga penyokong Arsenal, Piers Morgan melabel pemain tersebut sebagai yang terhebat pernah ada di kancah EPL sejak era Henry.
He’s having a great season but He’s not in the top 10 best players since Henry. https://t.co/OW5JXfLlh6
— Gary Neville (@GNev2) February 25, 2018
Namun kenyataan Morgan tersebut pantas dinafikan oleh Neville yang menyifatkan Salah tidak layak berada walaupun sebagai 10 pemain terbaik sejak era Henry.
Kenyataan yang dimuatnaik di laman twitter itu pantas dijawab oleh salah seorang pengikut Neville yang meminta beliau untuk menyenaraikan 10 pemain terbaik sejak Thierry Henry.
“Tidak pasti. Tetapi [Cristiano] Ronaldo, [Eden] Hazard, [Kevin] De Bruyne, [David] Silva, Yaya [Toure], [Luis] Suarez, [Sergio] Aguero, [Diego] Costa, [Vincent] Kompany, [Robin] Van Persie adalah 10 pemain itu, dan saya menyenaraikan nama ini tanpa perlu berfikir,” jawab Neville.
Not sure but Ronaldo , Hazard , De Bruyne, Silva , Yaya , Suarez , Aguero , Costa , Kompany , Van Persie are ten and I’ve not started thinking . https://t.co/j9gONl5RI0
— Gary Neville (@GNev2) February 25, 2018
Dua minit kemudian Neville mengemaskini senarai tersebut dengan memasukkan nama Harry Kane, Carlos Tevez, Didier Drogba dan David de Gea selain daripada nama lain seperti Gareth Bale, Frank Lampard dan juga Steven Gerrard.
Perdebatan tersebut tidak berhenti di situ sahaja. Selepas itu Neville turut mengecam Morgan yang sebelum itu mempersoalkan kredibiliti beliau selepas apa yang berlaku di Valencia.
“Pengalaman selama 20 tahun menewaskan Arsenal memberikan saya kebijaksanaan untuk menilai dan menyatakan Salah tidak berada di dalam senarai 10 pemain terbaik selepas Henry,” ujar bekas bek kanan Manchester United itu.
Beating Arsenal very well for 20 years still gives me some experience to spot he’s not in top 10 since Henry. He’s fantastic but best PL player since Henry!! Ridiculous https://t.co/2ee4PW7dyf
— Gary Neville (@GNev2) February 25, 2018
“Salah adalah pemain yang hebat. Tetapi untuk melabel Salah sebagai pemain terbaik EPL selepas Henry, itu gila!” tambah Neville lagi.
Walaupun tidak berada di dalam senarai 10 pemain terbaik di mata Neville, Salah tetap akan menjadi salah seorang pemain yang bakal bersaing untuk Anugerah Pemain Terbaik Tahunan EPL pada penghujung musim ini.
Pemain Mesir tersebut melalui kempen yang hebat sejak tiba dari Roma pada musim panas lalu, sekaligus mendiamkan pengkritiknya yang sangsi selepas apa yang dilalui bersama Chelsea sebelum ini.