Juara Bertahan, Melaka United & Felda United Menyinar Di Minggu Pertama LFK 2018

Juara bertahan Liga Futsal Kebangsaan (LFK), Melaka United dan Felda United (wanita) bermula dengan cemerlang pada dua aksi awal di minggu pertama selepas memperoleh enam mata penuh untuk berada di tempat teratas dalam kategori masing-masing.

Kesemua aksi yang berlangsung di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam itu berjaya menarik ribuan pencinta futsal bagi hadir menyaksikan perlawanan yang bermula dari jam 9.00 pagi hingga ke 11.00 malam.

Perlawanan pertama (24 Februari)

Lelaki

Melaka United yang dibarisi himpunan pemain futsal kebangsaan menepati ramalan awal apabila berjaya menumpaskan Felda United, yang kini sudah berwajah baru dengan keputusan 5-3.

Amar Fikri membuka tirai jaringan buat Melaka United dengan gol pada minit ke-4. Pemain kebangsaan, Abu Hanifah Hassan kemudiannya menjadikan kedudukan 2-0.

Dua orang lagi pemain kebangsaan, Saiful Aula Ahmad (minit 16) dan Saiful Nizam Mohd Ali (minit 34) menambah jaringan sebelum Mohd Firdaus Ambiah turut mencipta jaringan pada minit akhir perlawanan.

Jaringan Felda United pula dihasilkan oleh Muhd Ridhwan Zainal, Ahmad Aizat dan Shahnuriman Hamid.

Dalam aksi lain kategori lelaki, pasukan ditempat kedua, Perak mencatatkan kemenangan 5-2 keatas Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

KL City pula berjaya mengenepikan cabaran hebat yang dijelmakan pendatang baru dalam LFK, Kuantan Rangers 3-2 dalam satu perlawanan yang berlangsung sengit.

Kuala Lumpur juga dipaksa berhempas pulas untuk mencipta kemenangan pada perlawanan sulung apabila berjaya menundukkan Terengganu FC 4-3.

Sementara itu Selangor United MPSJ bangkit dari ketinggalan dua jaringan untuk berkongsi satu mata setelah seri 2-2 bertemu Pahang.

Bagi kategori wanita pula, Felda United bermula dengan langkah kanan apabila menewaskan Perak 4-1 pada aksi pertama mereka.

Farah Najihah Abdul Aziz menggunakan peluang hasil kesilapan pemain Perak dihadapan gawang sendiri untuk jaringan pertama pada minit ke-6.

Tiga lagi jaringan juara edisi 2017 ini terhasil menerusi Intan Sarah Anisah Zulgafli, Nur Izzati Khairudin dan Zur’ain Kamarudin.

Perak mendapat gol saguhati pada minit ke-38 menerusi jaringan Nur Madihah Nadzari.

Sabah dan Selangor United MPSJ yang kembali beraksi selepas tidak menyertai LFK 2017 mencatatkan kemenangan apabila Sabah menumpaskan Negeri Sembilan 3-0 manakala Selangor United MPSJ menang 4-2 keatas PDRM.

KL Imigresen FC pula terikat 3-3 dengan Sarawak untuk berkongsi mata.

Berikut adalah keputusan penuh bagi perlawanan hari kedua pada 25 Februari 2018 dan kedudukan terkini pasukan yang bertanding:

Lelaki

 

Wanita

Kredit foto: FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN