UCL 2017/18: Conte Sukar Tidur Menjelang Perlawanan Menentang Barcelona

Pengurus Chelsea sukar melelapkan mata mengenang cabaran pasukannya yang bakal berhadapan dengan Barcelona di pertandingan UEFA Champions League (UCL) pada awal pagi nanti.

Pengurus berbangsa Itali itu mempunyai sebab untuk hilang tidur, selepas pasukan kendaliannya Chelsea hanya mampu mencatatkan empat kemenangan daripada dua belas perlawanan yang ditempuhi dalam semua pertandingan kebelakangan ini.

(Photo by Charlotte Wilson/Offside/Getty Images)

Manakala lawan mereka pada pagi nanti Barcelona, terus gah tanpa rekod tanpa kalah di La Liga, serta berada di landasan terbaik untuk memburu kejuaraan di saingan pentas eropah tersebut.

“Pasukan Barcelona ini adalah antara yang terbaik di dunia. Malah, mereka juga pilihan untuk menjuarai UCL,” ujar Conte.

“Pada masa yang sama, kami juga teruja kerana berpeluang membuktikan keupayaan diri menentang sebuah pasukan yang hebat. Ia akan dijadikan kayu pengukur sejauh mana kemampuan kami. Sudah tentu kami memerlukan permainan yang sempurna dalam perlawanan ini,” tambah Conte.

Chelsea manager Antonio Conte (centre) during the training session at Cobham Training Centre, Stoke d’Abernon. (Photo by John Walton/PA Images via Getty Images)

Chelsea disingkirkan oleh Arsenal di peringkat separuh akhir Piala EFL pada Januari lalu, diikuti dengan kekalahan mengejutkan di tangan Bournemouth dan Watford.

Bagaimanapun, Chelsea seperti sudah pulih daripada kemerosotan prestasi pada awal tahun, selepas mencatat kemenangan ke atas West Brom pada 12 Februari lalu, diikuti kemaraan ke peringkat suku akhir Piala FA selepas menamatkan cabaran Hull City.

Masa depan pengurus dari Itali itu di Stamford Bridge turut terus menjadi tanda tanya. Selepas Barcelona, Chelsea akan kembali ke saingan domestik untuk menhadapi Manchester United.

(Photo credit should read GLYN KIRK/AFP/Getty Images)

Ketika sidang media menjelang perlawanan menentang Barcelona, Conte dipetik sebagai berkata:

“Sejak perlawanan Piala FA lalu, saya perlu jujur. Ia amat sukar untuk melelapkan mata.”

“Untuk menghadapi lawan seperti Barcelona, anda perlu melakukan setiap persediaan dengan rapi. Segalanya daripada perkara yang besar, sehingga butira yang kecil harus diberikan perhatian.”

Kali terakhir Chelsea menewaskan Barcelona ialah pada 2012, di peringkat separuh akhir pertandingan yang sama sebelum muncul juara UCL buat pertama kalinya pada musim tersebut.

Barcelona’s Lionel Messi fails to score from the penalty spot as he hits the crossbar (Photo by Stephen Pond – EMPICS/PA Images via Getty Images)

Pemain yang bakal menjadi tumpuan, Lionel Messi belum pernah menjaringkan sebarang gol berhadapan Chelsea dalam lapan pertemuan lalu.

“Kita bercakap mengenai pemain terbaik dunia. Messi mempunyai kapasiti untuk mengubah perlawanan. Beliau mampu menghadirkan peluang kepada pemain lain ketika dilihat tidak boleh menjaringkan gol. Ini bermakna Messi adalah pemain yang hebat.”

Menjelang perlawanan pada awal pagi nanti, Marcos Alonso dan Ross Barkley yang tidak beraksi dalam tiga perlawanan sebelum ini telah kembali menyertai latihan pada Isnin lalu.

(Photo credit should read ADRIAN DENNIS/AFP/Getty Images)

Manakala David Luiz dan Tiemoue Bakayoko masih tidak berada di dalam senarai pasukan.

Bagi kem Barcelona kendalian Ernesto Valverde, pemain pertahanan tengah, Thomas Vermaelen kembali tersenerai di dalam skuad ke London. Manakala bekas bintang Liverpool, Philippe Coutinho terpaksa disisihkan kerana telah beraksi bersama Liverpool di pertandingan yang sama sebelum ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN