3 Contoh Bila Bermain Cara Selamat Mengundang Padah Dalam Bola Sepak

Semakin tua, semakin cenderung untuk kita mengelak daripada mengambil cabaran. Ia adalah lumrah manusia. Dan ia makin betul apabila kita sudah mempunyai anak.

Tiba-tiba anda mula memikirkan cabaran dan kesannya kepada tanggungan anda. Kemudian tanpa anda sedar, anda hidup mirip seperti penghuni rumah orang-orang tua – selamat, senyap tetapi membosankan sehingga anda tiada apa-apa pengalaman menarik untuk dicerita kepada kawan-kawan di restoran mamak.

Bola sepak juga mempunyai realiti sama. Apabila anda membalas cabaran dengan rasa ragu-ragu, anda akan menjadi takut. Takut menjadi negativiti. Apabila minda anda mula terperangkap dalam jaringan sarang negativiti, anda akan menjadi pemain yang tiada siapa ingati.

Bersama Projek Outdoor, kami imbas semula 3 contoh dalam bola sepak di mana bermain cara selamat akhirnya merosakkan sukan yang indah. Ini adalah 3 kisah yang memberitahu kita – apabila anda hidup terlalu lama dalam zon selasa, itulah masanya anda mula merosot.

1. “Henderson bermain terlalu selamat”

(Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

Anda mungkin berfikir selepas kemenangan 5-0 Liverpool ke atas Porto dalam perlawanan pertama pusingan kalah mati UEFA Champions League 2017/2018, Steven Gerrard akan terus menghamburkan pujian kepada pemain tengah Liverpool, Jordan Henderson.

Tetapi lagenda Liverpool berusia 37 tahun itu tetap mempunyai masa untuk mengkritik Henderson. Ketika mengulas persembahan kapten Liverpool itu ketika bertugas sebagai pundit BT Sport, Gerrard memberitahu ‘Henderson bermain terlalu selamat’.

“Berbanding orang lain, saya sebenarnya suka [Henderson] sebab saya tahu kualiti yang dia miliki. Saya tahu dia pemain yang tak tamak dan bersetuju dia menjalankan tugasnya di posisi defensive midfielder dengan baik,” kata Gerrard.

“Tetapi saya merasakan beliau bermain terlalu selamat. Sedangkan beliau boleh melakukan lebih lagi. Saya tahu dia boleh menambah elemen risiko sedikit dalam hantarannya.”

Dari satu segi, ada benarnya cakap Gerrard. Penyokong setia Liverpool juga bersetuju. Adakalanya Henderson (mungkin tanpa sengaja) memperlahankan tempo serangan Liverpool dengan hantaran-hantaran pendek ketika beliau boleh melancarkan hantaran yang lebih direct.

Penyokong Arsenal juga mungkin boleh memahami sentimen Gerrard ini.

Pada musim 2010, Arsene Wenger mengundang kemarahan penyokong Arsenal apabila kerap memainkan Denilson di posisi defensive midfielder disebalik kecenderungannya ‘dibuli’ oleh pemain tengah lawan yang berbadan besar. Pasukan lawan kerap kali mengeksploit kelemahan Denilson untuk merampas bola sebelum melancarkan serangan balas yang menghasilkan gol.

MANCHESTER, ENGLAND – MARCH 12: Wayne Rooney of Manchester United clashes with Denilson of Arsenal during the FA Cup sponsored by E.on 6th Round match at Old Trafford on March 12, 2011 in Manchester, England. (Photo by Tom Purslow/Man Utd via Getty Images)

Kekecewaan penyokong Arsenal terhadap persembahan Denilson ini bagaimanapun tidak diakui oleh Wenger. Sebaliknya beliau kerap memuji Denilson kerana mempunyai ketepatan hantaran yang tinggi.

Bagi penyokong Arsenal – apalah maknanya mempunyai ketepatan hantaran tinggi jika semua hantaran tersebut adalah hantaran-hantaran pendek yang tidak merbahaya?

2. “Jangan jadi orang tua yang takutkan hujan”

MADRID, Spain: Monaco’s French coach Didier Deschamps (R) and French forward Ludovic Giuly smile during a press conference on the eve of their Champions league quarter-final first leg football match against Real Madrid, 24 March 2004 at the Vicente Calderon stadium in Madrid. AFP PHOTO PASCAL GUYOT (Photo credit should read PASCAL GUYOT/AFP/Getty Images)

Selepas berjaya menewaskan Arsenal dalam perlawanan pertama suku akhir UEFA Champions League 2003/2004, Chelsea bertandang ke Stade Louis II untuk bertemu Monaco.

Dalam persiapan menentang kelab barat London itu, Monaco yang dilatih oleh Didier Deschamps mengenal pasti kapten Chelsea, Marcel Desailly sebagai pemain yang perlu diberikan perhatian. Deschamps memberitahu pemain-pemainnya:

“Bila kamu semakin tua, kamu akan jadi lebih berhati-hati. Kamu mula fikirkan tentang legasi kamu. Jika cuaca sedang hujan, kamu takkan redah hujan tersebut untuk ke kedai. Kamu akan tunggu hujan itu reda. Sedangkan masa muda, kamu akan redah sahaja hujan tersebut.”

“Jika kamu berikan [Desailly] tekanan, dia akan jadi lebih berhati-hati. Dia akan buat apa-apa sahaja untuk elak dirinya diberikan tekanan. Pada ketika itulah, dia akan buat silap. Saya berjanji kalau kamu berikan dia tekanan sepanjang 90 minit, dia akan jadi orang tua yang takutkan hujan.”

MONACO, Monaco: Monaco’s French forward and captain Ludovic Giuly (L) and Chelsea’s French defender and captain Marcel Desailly collide as they try to intercept the ball during their Champions League semi-final first-leg football match, 20 April 2004 at the Louis II stadium in Monaco. (JIM WATSON/AFP/Getty Images)

Strategi Monaco memberi tekanan kepada Desailly ini berhasil. Sepanjang perlawanan Desailly bergelut menangani tekanan penyerang Monaco, Dado Prso. Tekanan demi tekanan ini kemudiannya membuahkan hasil apabila Desailly akhirnya memilih membuat kesilapan pertama pada minit ke-17.

Pada minit ke-17, Chelsea dipaksa bertahan selepas Monaco mendapat sepakan percuma di sebelah kiri padang. Tak tahan ditekan Prso, Desailly bermain cara selamat dengan mengarahkan Mario Melchiot mengawal Prso. Beliau pula mengawal Julien Rodriguez.

Arahan Desailly ini mengundang padah apabila Prso melepasi kawalan Melchiot untuk menjaringkan gol pembukaan Monaco. Persoalannya – Desailly tahu Prso adalah pemain berbahaya di udara tetapi mengapa Desailly menyerahkan tugas tersebut kepada Melchiot; pertahanan Chelsea paling lemah?

Kesilapan Desailly itu menjadi lebih teruk apabila pengurus Chelsea ketika itu, Claudio Ranieri membuat kesilapan pertukaran pemain. Dengan mengeluarkan Jesper Gronkjaer yang efektif, ia memberi insentif kepada Monaco untuk bangkit menjaringkan 2 gol lewat walaupun bermain 10 orang.

3. “Gol datang daripada penguasaan bola”

(Photo by Alex Morton – The FA/The FA via Getty Images)

Ketika Manchester United menentang West Ham di Old Trafford pada malam Disember musim Premier League 2015/2016, penyokong The Red Devils beramai-ramai menjerit ‘attack, attack, attack’. Apabila perlawanan tamat dengan keputusan seri 0-0, anak buah Louis van Gaal disambut dengan ejekan ‘boo’ daripada penyokong mereka sendiri.

Dalam sidang media selepas perlawanan, van Gaal meluahkan perasaan beliau kepada media mengenai sorakan ‘attack, attack, attack’ penyokong United. “Saya tak faham kenapa mereka jerit ‘attack, attack, attack’. Sedangkan kamilah pasukan yang menyerang. Bukannya West Ham.”

Dalam perlawanan tersebut, United memperolehi 63% penguasaan bola dan membuat 21 percubaan. Tetapi hanya 1 sahaja yang tepat ke arah gol. “Kami sentiasa mahukan penguasaan bola yang tinggi. Bila kami ada penguasaan bola, kami boleh mencipta banyak peluang dan gol.”

Pendapat van Gaal ini menimbulkan persoalan – apakah makna menyerang?

Bagi van Gaal, jelas sekali, mempunyai bola adalah menyerang. Beliau percaya gol datang daripada penguasaan bola. Tetapi bagi Claudio Ranieri ketika mengurus Leicester City, menghantar bola ke ruang adalah menyerang. Dan adalah tak keterlaluan untuk kita membuat kesimpulan – gaya permainan Leicester City era Ranieri adalah lebih menarik daripada Manchester United era van Gaal.

Paranoia van Gaal yang enggan memberi penguasaan bola kepada pasukan lawan sememangnya boleh difahami. Pep Guardiola sendiri obses dengan penguasaan bola.

Tetapi berbeza dengan van Gaal yang berpuas hati melihat pemain-pemainnya membuat sideways passing (hantaran ke tepi), Guardiola tidak suka melihat pemainnya berbuat begitu.

“Saya benci hantaran yang dibuat tanpa makna, terutamanya tiki-taka. Anda perlu membuat hantaran dengan niat yang jelas, dengan tujuan menggerakkan bola ke arah pintu gol lawan. Bola sepak bukannya berkisarkan tentang hantaran tanpa makna.”

Selesa perlu rencah cabaran

Sememangnya adalah lumrah bagi manusia untuk mengelak cabaran – terutamanya jika ia mampu membahayakan diri sendiri. Tetapi tanpa cabaran, kita tidak akan berkembang. Kita tidak akan maju. Kita akan menjadi terlalu selesa.

Jadi jika anda mahukan sedikit dos cabaran dalam hidup anda, kami sarankan anda mencuba aktiviti-aktiviti lasak yang ditawarkan oleh EXSPORTYHUB.

ExSporty Hub adalah sebuah platform pasaran digital yang fokus kepada aktiviti unik dan mencabar. Ia diasaskan berdasarkan kepercayaan bahawa hidup ini suatu pengembaraan. Setiap insan mempunyai peluang dan potensi untuk keluar dari zon selesa, mengambil risiko dan mencipta cerita kejayaan tersendiri.

Baru-baru ini pasukan Semuanya Bola telah dijemput mengikuti aktiviti “Water Rafting” di Ulu Slim, Perak. Aktiviti ini dianjurkan oleh ExSporty Hub dan penaja bersama Projek Outdoor – operator aktiviti sukan lasak yang terbaik di Perak.

Kami kini sudah pun mempunyai pengalaman mencuba aktiviti water rafting mereka dan ia adalah salah satu keputusan terbaik yang pernah kami buat!

Lawati laman facebook/instagram ExSporty Hub dan Projek Outdoor untuk tempahan.

Exporty Hub: Facebook | Instagram
Projek Outdoor: Facebook | Instagram

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN