TERKINI: Raul Longhi Dilantik Sebagai Jurulatih Sementara JDT

Juara liga super 4 kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini mengumumkan pelantikan Raul Longhi sebagai jurulatih sementara selepas Ulisses Morais mengambil keputusan untuk letak jawatan kerana masalah kesihatan keluarganya.

“Kami ingin mengumumkan bahawa Mr. Raul Longhi akan mengambil alih tugas sebagai ‘Caretaker Coach’ Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Selain daripada mempunyai pengalaman menjadi ‘caretaker coach’ di Kelab Espanyol, pengalaman bersama kelab JDT selama 3 tahun dan arif mengenai kelab serta falsafah bolasepak JDT menjadi faktor beliau dilantik untuk melatih JDT.

“Oleh itu kelab telah memutuskan untuk beliau menjadi ‘Caretaker Coach’ dan akan dibantu oleh Ismail Ibrahim, Penolong Jurulatih JDT,” kata YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim, Presiden Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim.

Semalam ketua Jurulatih kelab itu, Ulisses Morais mengejutkan kancah saingan bola sepak Malaysia kerana melepaskan jawatan beliau bersama juara empat kali berturut-turut Liga Super Malaysia itu.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Morais melalui satu kenyataan yang dimuatnaik ke dalam akaun Facebook milik kelab tersebut.

Dalam kenyataan tersebut, Morais menyatakan bahawa keputusan tersebut adalah hasil keputusan beliau sendiri disebabkan masalah kesihatan keluarganya.

“Hari ini adalah hari yang sangat menyedihkan buat saya, tugasan saya berakhir di kelab terhebat ini. Segala hal dalam kehidupan perlu ada keutamaan. Di atas sebab-sebab kesihatan keluarga, saya terpaksa meninggalkan anda dan kelab ini.” ujar Morais dalam kenyataan tersebut.

Sehubungan dengan itu, Morais mengucapkan terima kasih kepada semua pihak di JDT di atas kerjasama sepanjang beliau bersama JDT.

Dalam kenyataan yang sama, ini mesej Morais kepada penyokong: “Kepada para penyokong, terima kasih diatas sokongan, ambil berat dan penghormatan yang sentiasa diberikan setiap hari. Perlawanan demi perlawanan telah menjadikan kami menjadi terbaik di dalam setiap perlawanan.”

Secara keseluruhan, Ulisses Morais telah membimbing JDT selama sembilan bulan. Beliau mengambil peranan Ketua Jurulatih daripada Benjamin Mora, dan memperkenalkan sistem permainan 4-3-3 yang mengubah corak permainan pasukan berkenaan kepada tempo pantas dan berkesan.

Sepanjang bersama JDT, Morais telah membantu kelab berkenaan untuk menjuarai Liga Super Malaysia 2017, Piala Malaysia 2017, dan juga Piala Sumbangsih 2018.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN