Napoli Dan Juventus Terus Bersaing Hebat Rebut Takhta Serie A

Serie A

Ketika saingan beberapa liga utama dunia seperti di Liga Perdana Inggeris, Ligue 1 dan Bundesliga menyaksikan penguasaan pasukan di tangga teratas dengan begitu selesa mendahului pasukan lain, situasi itu belum kelihatan di Serie A.

Pendahulu liga, SSC Napoli hanya dipisahkan satu mata sahaja dengan juara bertahan yang juga merupakan juara 33 kali, Juventus.

Persaingan yang begitu sengit ketika ini apabila kedua-dua pasukan telah mencatatkan 21 kemenangan, namun hanya dibezakan dengan keputusan seri dan kekalahan.

Napoli mencatatkan tiga keputusan seri dan satu kalah manakala Juventus dengan dua seri dan mengalami dua kekalahan.

Pada perlawanan ke-25 liga, kedua-dua pasukan mencatatkan kemenangan tipis 1-0 bertemu lawan masing-masing.

Napoli (1) lawan SPAL 2013 (0)

Jaringan minit awal permainan dari pemain Brazil, Allan Marques Loureiro sudah cukup buat Napoli untuk terus berada di persada Serie A dengan 66 mata bagi menewaskan kelab yang sedang berada di zon penyingkiran itu.

Napoli’s Slovakian midfielder Marek Hamsik celebrates after scoring a goal before it is disallowed due to offside during the Serie A football match between Napoli and Spal at San Paolo Stadium Stadium in Naples on February 18, 2018. / AFP PHOTO / TIZIANA FABI (Photo credit should read TIZIANA FABI/AFP/Getty Images)

Marek Hamsik berpeluang menambah jaringan kedua pada minit ke-64 menerusi tandukan hasil hantaran dari Allan, namun Video Assistant Referee (VAR) telah mengesan pemain antarabangsa Slovakia itu berada dalam keadaan ofsaid.

Perlawanan berlangsung di San Paolo yang merupakan gelanggang keramat buat Napoli.

Torino (0) lawan Juventus (1)

Seorang lagi pemain dari Brazil turut menjadi wira buat pasukan apabila Alex Sandro menjaringkan gol kemenangan buat Juventus pada minit ke-33 dalam kunjungan ke Stadio Olimpico Grande Torino.

Alex Sandro mudah menolak masuk hantaran yang dilakukan Federico Bernardeschi untuk memberikan tiga mata penting buat kelab Turin itu untuk terus menekan Napoli.

TURIN, ITALY – FEBRUARY 18: Alex Sandro of Juventus celebrates victory at the end of the Serie A match between Torino FC and Juventus at Stadio Olimpico di Torino on February 18, 2018 in Turin, Italy. (Photo by Valerio Pennicino/Getty Images)

Pada perlawanan tersebut, Juventus kehilangan khidmat penyerang utama, Gonzalo Higuain seawal minit ke-15 dan Bernardeschi pada minit akhir permainan akibat kecederaan yang dialami mereka.

Higuain mengalami kecederaan buku lali kiri manakala Bernardeschi berdepan masalah kecederaan pada lutut kiri yang dilaporkan sedikit serius.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN