Sekumpulan penyokong kelab Liverpool mula bersorak sebagai tanda penghormatan kepada pemain sayap kelab itu, Mohamed Salah selepas pemain Mesir itu mempamerkan persembahan cemerlang ketika menentang FC Porto dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.
Dalam video sorakan yang menjadi viral di media sosial, mereka menyanyikan lagu dengan mengubah lirik lagu popular era 90-an, ‘Good Enough’ oleh Dodgy di tengah jalan raya di bandaraya Portugal itu,
“Mo Sa-la-la-la-lah, Mo Sa-la-la-la-lah, jika dia bagus untuk anda, dia juga bagus untuk saya, jika dia menjaringkan gol lagi, saya akan jadi seorang muslim juga,” petikan daripada salah satu lirik lagu itu.
Lirik lagu tersebut kemudiannya bersambung, ” Dia selalu ke masjid, itu adalah tempat di mana saya mahu pergi.”
This new Mo Salah song is class 😂
🎥: @seangriff123 & @sportbible pic.twitter.com/YCrRALdxfL
— ODDSbible (@ODDSbible) February 14, 2018
Salah yang juga pemain skuad kebangsaan Mesir kini menjadi pujaan dalam kalangan penyokong Liverpool di Anfield.
Beliau menjadi pemain kedua terpantas Liverpool apabila menjaringkan 30 gol semusim dalam hanya 36 penampilan bersama kelab Merseyside itu.
Tahun lepas, beliau dinamakan sebagai pemain terbaik Afrika oleh BBC menewaskan calon terdekat dan juga rakan sepasukan, Sadio Mane.
Beliau berpindah ke Liverpool dengan yuran perpindahaan £34.3 juta (RM187.4 juta) dan menjaringkan 20 goal Liga Perdana Inggeris dalam 25 perlawanan, dua perlawanan lebih cepat berbanding Fernando Torres dan Daniel Sturridge.
Skuad bimbingan Jurgens Klopp pada Khamis lalu meraih kemenangan besar 5-0 ke atas kelab Portugal, Porto pada aksi pertama peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara di Lisbon.
Pengarah Eksekutif Bola Sepak Menolak Perkauman di Eropah (FARE), Piara Powar berkata kepada Washington Post ia adalah perkara baharu yang disaksikannya.
“Ini adalah kali pertama saya melihat penghargaan yang positif, jelas, bersemangat dan membabitkan agama,” katanya.
Mohammed Salah merupakan seorang Muslim yang taat dan sering meraikan jaringannya dengan melutut di padang dan bersyukur.
‘Mo Salah akan menghentikan fenomena Islamophobia’
Tinjauan di media sosial mendapati beberapa penyokong memberikan pelbagai reaksi berbeza terhadap sorakan yang dilakukan oleh penyokong Liverpool tersebut khususnya berkaitan dengan Islamophobia.
Mo Salah doing more to end the clash of civilisations than anyone else in the world https://t.co/KQIMG2geKA
— Karl Sharro (@KarlreMarks) February 15, 2018
mo salah is gonna stop islamophobia
— FSB (@Femi_SB) February 14, 2018
I’m not a Liverpool fan but you must believe Football builds bridges with this Red chant for Mo Salah ✌🏾 https://t.co/yxBvgkpKuL
— Gbolahan Obisesan💚 (@GreatObisesan) February 15, 2018
I think I’m about 10 Mo Salah goals away from becoming Muslim lmao
— Owen #BLM (@OSMLFC) February 15, 2018
Mo Salah has turned me in to a devout Muslim catch me outside the mosque if you’re looking for me
— bradley (@bradleymaguire_) February 15, 2018