Adriano, Kisah Jatuhnya Sang Maharaja Yang Kehilangan Arah

Perkataan L’Imperatore berasal daripada Bahasa Itali yang membawa makna Sang Maharaja. Demikianlah gelaran yang pernah diberikan kepada seorang pemain bola sepak, yang pernah dicanang akan menawan dunia.

Ketika era kemuncak beliau, Adriano Leite Ribeiro, ataupun dipanggil hanya Adriano terlalu menggerunkan lawan. Anda perlu menulis nama keluarga lain untuk pemain lain bernama Adriano dalam bola sepak, namun bukan untuk ini.

Adriano merupakan penyerang yang pernah dianggap sebagai Ronaldo kedua bola sepak Brazil selepas pemain No.9 tersebut kerap tersisih kerana kecederaan.

Walaupun berbadan besar dan tegap, beliau memiliki kelajuan yang sangat baik untuk saiz beliau. Sama seperti Ronaldo Fenomeno.

Bermulanya kisah Adriano- L’Imperatore

Ronaldo dan Adriano adalah simbol penyerang serba lengkap Brazil. Namun kisah mereka berbeza. Ronaldo menikmati kegemilangan yang lebih lama dan Adriano kemudian jatuh merudum.

Beliau memulakan karier dengan kelab yang beliau minat sejak kecil, Flamengo. Bakat istimewa beliau membawa kepada perpindahan ke Inter Milan pada tahun 2000.

27 Oct 2000: Adriano of Flamengo in action during the Flamengo v Vasco de Gama Joao Havelange Cup match played at the Maracana Stadium, Rio de Janeiro. Mandatory Credit: Allsport/ALLSPORT

Di Inter Milan beliau menjadi bintang mega di sana. Bakat yang tidak boleh dipertikaikan. Pada usia 18 tahun, beliau menjaringkan 10 gol daripada 20 perlawanan profesional. Hebat bukan?

Di Itali, beliau berhadapan dengan bola sepak yang lebih fizikal. Pada era beliau, ramai penggelecek tegar yang cedera teruk di sana kerana ‘roburst defending’.

Namun beliau menyatakan semua itu membuatkan beliau lebih kuat dan lebih matang dalam padang. Beliau sudah biasa dengan proses adaptasi di tempat baru kata pemain yang lahir di Favela Vila Cruzeiro ini.

Parma Calcio 1913 S.r.l

Beliau menikmati bola sepak dan kehidupan mewah di Inter. Namun selepas itu, beliau dihantar ke Parma untuk pemilikan bersama, Parma membayar £9 juta untuk hak perkongsian itu.

Ketika di Parma, perkembangan bakat beliau dibantu oleh Cesare Prandelli selepas prestasi agak menurun kerana kecederaan.

PARMA – APRIL 5: Adriano of Parma in action during the Serie A match played between Parma and AC Milan at the Tardini Stadium , Parma, Italy on April 5, 2003. (Photo by Grazia Neri/Getty Images)

Dengan bergandingan bersama Adrian Mutu, Adriano kembali menyerlah. Beliau menjadi bintang yang mulai menarik perhatian Eropah.

Banyak kelab mulai menunjukkan minat ke atas beliau. 36 perlawanan bersama Parma, beliau menjaringkan 22 gol. Beliau meningkatkan keupayaan larian, teknik percubaan gol dan juga gelecekan beliau.

L’Imperatore mulai menjajah

Lebih penting beliau mulai lebih lasak untuk berhadapan dengan corak permainan fizikal pertahanan di Serie A ketika itu. Ramai pertahanan dibuli oleh fizikal Adriano yang keras dan lebih lincah. Tidak pasti apa rutin latihan diberikan Prandelli sehinggakan Adriano mulai digelar The Beast.

Melihatkan aksi cemerlang Adriano, Inter Mian membayar £23 juta untuk pemilikan penuh. Beliau menandatangani kontrak 4 tahun bersama Inter.

MILAN, ITALY – SEPTEMBER 18: Adriano of Inter Milan celebrates his goal against Palermo during the Serie A match between Inter Milan and Palermo on 18 September, 2004 in Milan, Itlay. (Photo by New Press/Getty Images)

Beliau terus menunjukkan aksi luar biasa dengan kemampuan menjaringkan gol dari mana sahaja kawasan. Dari dalam kotak penalti, dari luar kotak penalti, secara duel udara ataupun mengatasi perangkap ofsaid dengan larian deras.

Cap dagang utama beliau pastinya rembatan kaki kiri yang deras. Ramai pemjaga gol hanya boleh melompat tetapi tidak mampu menjangkau bola yang terlalu laju.

Dari Julai 2004 sehinggai Jun 2005 beliau menjaringkan 42 gol untuk kelab dan negaranya. Beliau membantu Brazil menjuarai Copa America 2004 dengan memenangi Kasut Emas kejohanan.

Final of the 2005 FIFA Confederations Cup. Brazil vs Argentina. Brazil won 4-1. Adriano (L), who received the tournament trophy for “Best Player” and top scorer poses with Brazilian captain Ronaldinho (C) during the victory celebrations. (Photo by liewig christian/Corbis via Getty Images)

Pada Julai 2005, Adriano menjulang Coppa Italia dan meneruskan aksi cemerlang bersama skuad generasi emas Brazil ketika itu.

Tempoh tersebut merupakan  tempoh terbaik di dalam karier Adriano. Ini mengundang Inter Milan menambahbaik kontrak beliau sehingga 2010.

Hilang inspirasi

Namun tempoh 12 bulan berikutnya, Adriano gagal mengulangi prestasi beliau sebelumnya. Ketika itu, Adriano turut terpaksa menerima perkhabaran kematian ayahnya akibat serangan jantung.

Adriano mempunyai hubungan yang sangat akrab bersama ayahnya, Amir. Amir adalah inspirasi dan motivasi kepada Adriano di peringkat awal karier beliau.

Inter Milan’s Brazilian forward Adriano (L) misses his free-kick during the Italian Cup match between Inter Milan and Genoa at San Siro Stadium in Milan, on January 13, 2009. AFP PHOTO DAMIEN MEYER (Photo credit should read DAMIEN MEYER/AFP/Getty Images)

Maka tidak hairanlah pemergian ayahnya memberikan impak kepada prestasi Adriano di atas padang.

Piala Dunia 2006 adalah petanda pertama. Di pentas terbesar bola sepak dunia tersebut, Adriano gagal menunjukkan kemampuan yang beliau sering pamerkan sebelum ini.

Walaupun Adriano menjaringkan dua gol di saingan peringkat kumpulan, realiti melihat bagaimana beliau bergumul dengan masalah prestasi sepanjang kejohanan sebelum Brazil disingkirkan oleh Perancis di peringkat suku akhir kejohanan.

HANOVER, GERMANY – JUNE 19: Adriano of Brazil looks dejected after defeat in the match between Mexico and Brazil in the FIFA Confederations Cup 2005 in the AWD Arena on June 19, 2005 in Hanover, Germany. (Photo by Martin Rose/Bongarts/Getty Images)

Kemerosotan prestasi Adriano adalah perkhabaran yang serta menyedihkan, tetapi ia tidak mengejutkan sama sekali.

Sejak kematian ayahnya, bola sepak bukan lagi keutamaan buat Adriano. Beliau kembali ke dalam hidup yang digelumangi oleh alkohol.

Gaya hidup dan kemerosotan prestasi

Kisah-kisah beliau keluar berparti sehingga lewat malam menjelang dan selepas perlawanan kerap menghiasai dada akhbar. Ini diikuti oleh kegagalan beliau menghadiri latihan kelab.

Ia adalah sesuatu yang menyedihkan apabila bakat sehebat Adriano sehingga pernah digelar L’Imperatore (Sang Maharaja), kini punyai karier yang menuju kegelapan.

ASUNCION, PARAGUAY: A fan takes a picture of Brazilian national soccer team players Ronaldo (R), Kaka (C) and Adriano at an Asuncion hotel 30 March 2004. Brazil will face Paraguay tomorrow in the South American qualifyings for FIFA World Cup Germany 2006. AFP PHOTO/VANDERLEI ALMEIDA (Photo credit should read VANDERLEI ALMEIDA/AFP/Getty Images)

Setelah sering berada di bangku simpanan di San Siro, Adriano menyertai Sao Paulo di Brazil pada 2008 secara pinjaman. Ia bermula agak baik bagi Adriano di Brazil, apabila Adriano menjaringkan dua gol melalui penampilan pertama.

Namun demikian, isu keyakinan, prestasi, dan kecergasan kembali menghantui, dan masalah Adriano berterusan. Malah Adriano mengambil tindakan meninggalkan padang latihan tanpa sebarang notis.

SAO PAULO, BRAZIL – NOVEMBER 20: Adriano of Corinthians celebrate a goal during a match between Atletico and Corinthians as part of the brazilian soccer championship 2011, Serie A, at Paulo Machado de Carvalho stadium, in Sao Paulo, Brazil, on November 20, 2011. (Photo by William Volcov/News Free/LatinContent/Getty Images)

Untuk itu, Pengarah Sukan Sao Paulo pernah dipetik sebagai berkata: “Adriano meninggalkan padang latihan kerana beliau sendiri yang mahu. Pasukan ini tidak akan merindui ketiadaannya. Jika Adriano tidak gembira, beliau boleh pergi bila-bila.”

Adriano tidak punyai pilihan selepas itu, dan kembali ke Itali. Ia bagaikan permulaan baharu buat beliau apabila beraksi cemerlang pada permulaan musim 2008/09.

Inter Milan’s Brazilian forward Adriano (L) and Inter Milan’s Portuguese coach Jose Mourinho clelbrate after a goal during the Italian Serie A match between Inter Milan and AC Milan at San Siro Stadium in Milan on February 15, 2009. AFP PHOTO DAMIEN MEYER (Photo credit should read DAMIEN MEYER/AFP/Getty Images)

Ia tidak kekal lama, sebelum kisah kemerosotan prestasi Adriano kembali. Inter kemudiannya membatalkan kontrak beliau, setelah gagal kembali ke Itali setelah tamat tugasan antarabangsa bersama Brazil.

Di peringkat ini, kita mulai menyaksikan satu karier yang pernah menjanjikan kegemilangan mulai rutuh. Walaupun menjaringkan 19 gol untuk Flamengo selepas itu, Adriano jelas sudah tidak mempunyai minat dan fokus di dalam sukan bola sepak.

Beliau akhirnya mengumumkan persaraan pada usia 27 tahun, kelihatan seperti seorang lelaki yang telah patah hati.

Rumusan

Di peringkat awal karier, semua jaringan yang menakjubkan, kejutan kepada perubahan gaya hidup, dan jumlah wang yang diterima oleh Adriano, adalah perkara yang menyukarkan Adriano.

Ia diikuti oleh trauma akibat kematian ayahnya, sebelum Adriano menyedari gaya hidup kini sudah tidak penting. Sekarang Adriano sudah lagi tidak bermain bola sepak profesional.

Bekas pemain yang pernah dicanang bakal menguasai bola sepak dunia ini kini kembali ke Vila Cruzeiro, Brazil dan tinggal bersama-sama orang yang tersayang,

Ia bukanlah karier yang kita harapkan daripada pemain seperti Adriano. Anda boleh mencemuhnya kerana gagal. Tetapi siapa boleh menyalahkan Adriano mengambil keputusan untuk menamatkan karier, untuk berada lebih dekat dengan keluarga tersayang?

‘Long live L’Imperatore!’

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN