Paul Pogba Digugurkan Daripada Skuad Manchester United

Paul Pogba digugurkan daripada skuad Manchester United yang bertandang ke John Smith Stadium, untuk bertemu dengan Huddersfield di saingan Piala FA Inggeris pada awal pagi nanti.

Perkara tersebut diumumkan oleh Manchester United dan disiarkan di laman sesawang rasmi kelab berkenaan. Pogba dipercayai mengalami demam, dan tidak dapat diturunkan untuk perlawanan tersebut.

(Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

Untuk itu, tempat Pogba di skuad kendalian Jose Mourinho akan diambil alih oleh pemain berusia 19 tahun, Ethan Hamilton.

Sebelum ini timbul laporan di Britain bahawa pemain antarabangsa Perancis tersebut mempunyai salah faham dengan pengurus Manchester United, Jose Mourinho.

Poga dipetik sebagai berkata, beliau menyesal dengan pilihan ke Old Trafford pada 2016, dan sepatutnya memilih untuk ke Bernabeu ketika meninggalkan Juventus pada 2016.

Namun salah faham di antara Pogba dan Mourinho dinafikan sendiri oleh pengurus dari Portugal itu.

(Photo by John Patrick Fletcher/Action Plus via Getty Images)

“Saya tidak perlu mendedahkan butiran perbincangan antara saya dengan pemain kendalian saya. Saya tidak perlu memberitahu apa-apa.”

“Ia adalah masalah saya. Ia juga masalah pemain saya. Tetapi ia adalah pembohongan mengatakan hubungan kami retak. Ia adalah penipuan mengatakan kami tidak berkomunikasi.

“Ia juga satu penipuan mengatakan kami tidak bersetuju dengan posisi pemain, dan penglibatan Pogba untuk membentuk pasukan yang dinamik,” jelas Mourinho ketika menjelaskan situasi beliau bersama Pogba semalam.

“Oleh kerana itu, kita perlu lebih objektif di dalam melakukan dakwaan. Semua orang tahu dalam beberapa perlawanan sebelum ini, kami tidak bermain dengan baik. ”

(Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

“Sekarang ia adalah masalah saya dan Pogba untuk mengubah prestasi tersebut, dan anda tidak perlu menjadi penipu,” tambah Pogba membidas media yang melaporkan keretakan hubungan di antara beliau dan Pogba.

Manchester United pasti mencari keputusan positif dalam perlawanan menentang Huddersfield pada awal pagi nanti untuk memburu slot ke suku akhir pertandingan tersebut.

Selepas Huddersfield, tumpuan Mourinho, Pogba dan keseluruhan skuad Manchester United akan tertumpu kepada Sevilla di pertandingan UEFA Champions League pada pertengahan minggu hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN