Satu video menarik dihasilkan oleh penyokong Mesir menyaksikan bagaimana Mohamed Salah menjadi inspirasi membantu Mesir untuk mara ke Piala Dunia.
Dalam perlawanan terakhir Kumpulan E, hanya kemenangan yang akan membawa Mesir ke Rusia 2018. Mohamed Salah menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-63.
Namun Congo menyamakan kedudukan pada minit ke-86 menerusi Arnold Bouka Mouto. Mohamed Salah kelihatan agak kecewa dan sudah hampir menganggap perjuangan mereka berakhir selepas terlalu hampir mereka ke sana.
Beliau kemudian bangun dan mengajak rakan-rakan beliau dan 30,000 orang penyokong Mesir bangkit dan menanam kepercayaan sekali lagi dalam diri mereka.
Pada masa kecederaan, Mesir dihadiahkan sepakan penalti. Satu stadium bergema dengan kepercayaan lebih 95 juta rakyat Mesir di bahu Salah. Beliau menumpukan perhatian kepada bola dan menetapkan sasaran. Pengulas perlawanan terus berdoa.
Bukan mudah untuk melakukannya, namun Mohamed Salah akhirnya berjaya membantu negaranya mengakhiri penantian 28 tahun mereka. Penjaga gol Mesir, Essam El Hadary menjerit kegirangan dan pengulas perlawanan terus memanjatkan syukur.
El Hadary bakal berusia 44 tahun pada Piala Dunia Rusia selepas membuat debut untuk negaranya pada 1996. Beliau bakal memecahkan rekod pemain paling tua beraksi di Piala Dunia yang sebelum ini dipehang Faryd Mondragon dari Colombia. Saksikan video ringkas menari ini.
Don’t ever tell me football is just a game. pic.twitter.com/cY8XTOXE2i
— – (@AnfieldRd96) February 16, 2018