Bellerin Hentam Arsenal Fans TV Yang Hidup Dengan Menjaja Kegagalan Arsenal

Anda mungkin bukan peminat Arsenal yang menjadi peminat setia Arsenal Fans TV kerana mereka penuh dengan kelakar dan pandangan yang kritikal dalam berhujah.

Arsenal Fan TV memiliki pengikut Youtube seramai 650,000 dan pernah dikunjungi oleh Gary Neville serta Ivan Gazidis sendiri pernah muncul dalam saluran mereka.

Beberapa pemain Arsenal juga pernah muncul di AFTV termasuk Granit Xhaka, Santi Cazorla dan ramai lagi.

Bagi peminat Arsenal, Arsenal Fans TV adalah saluran eskapisme, meluah pendapat serta maklumat bagi mereka untuk setiap isu Arsenal. Mereka lantang dan santai sebagai suara penyokong.

Namun begitu, bintang Arsenal, Hector Bellerin telah membidas Arsenal Fan TV dengan menganggap saluran tersebut telah memesongkan penyokong Arsenal.

Ini kerana menurut Bellerin lagi, saluran tersebut terlalu menumpukan isu negatif dan kegagalan Arsenal untuk dijadikan bahan.

Arsenal Fan TV mengambil kesempatan dengan mengaut keuntungan hasil daripada menjaja berita kegagalan Arsenal.

Bellerin menganggap Arsenal Fans TV sebagai peminat plastik dan bukan peminat sebenar. Mereka lebih kepada sukakan kontroversi berbanding dengan kritikan membina. Bercakap kepada sidang media di Oxford Union, beliau berkata:

“Saya tak rasa ada pemain Arsenal yang akan pergi melayari internet dan menonton Arsenal Fan TV.”

“Kadangkala ianya lalu di ‘timeline’ saya. Dan ada rakan saya melihat ia lalu dan berkata, awak kenal tak dengan lelaki itu?”

“Adalah sangat tidak betul untuk mereka yang menggelar diri mereka penyokong tetapi menyuap orang ramai dengan berita kegagalan. Macamana anda gelar diri anda penyokong?”

“Bagi kami pemain, ia tidak mengganggu kami langsung. Jika mereka nak berseronok di sana, teruskanlah.”

“Jika jurulatih datang kepada saya dan memberitahu saya membuat benda yang salah, saya akan dengar nasihat mereka. Tetapi jika mereka daripada Arsenal Fan TV, dan mereka nasihatkan saya buat perkara sekian, saya tak akan dengar.”

“Mereka menyampaikan pandangan mereka dalam bentuk jenaka dan dengan cara mereka mahu. Jika anda rasa ia kelakar, teruskanlah menonton.”

Beberapa jam selepas itu, Robbie daripada Arsenal Fan TV membalas balik kenyataan Bellerin. Robbie berkata, bagaimana pemain seperti Bellerin mempertikaikan Arsenal Fan TV sebagai penyokong Arsenal. Beliau berkata:

“Kami di Arsenal Fan TV telah pergi ke setiap perlawanan pasukan Arsenal dalam tempoh 5 tahun kami ditubuhkan kecuali 1 perlawanan musim ini, kerana salji tebal di Southampton.”

“Kami akan merakam dan bertanyakan pandangan penyokong. Kami pergi ke setiap perlawanan, tak kira, menang, kalah, seri.”

“Saya lihat statistik di sini sebenarnya menyatakan, sejak Arsenal Fan TV ditbuhkan, Arsenal sudah bermain 272 perlawanan liga, menang 123 kali, seri 49 dan kalah hanya 45 perlawanan.”

“Jika mengikut Hector Bellerin, kami sudah bungkus sekarang kerana hanya mengaut keuntungan daripada kegagalan Arsenal.”

“Sebab terlalu banyak menang dan seri dalam tempoh itu. Gagal (kalah) hanya 45 kali, maka kami dah tutup saluran ini bukan?”

“Ayuhlah Hector, janganlah mengarut. Kami ada bersama pasukan sepanjang masa.”

Ramai yang menyokong Arsenal Fan TV daripada penyokong Arsenal dan kelab lain. Seorang penyokong Liverpool menyatakan, Arsenal Fan TV adalah saluran penyokong terbaik kerana sanggup ke sana ke mari menemuramah semua orang dan saluran berpengaruh untuk penyokong Arsenal meluahkan pandangan.

Ada juga yang memberikan sokongan sambil berkata, Bellerin secara tak langsung telah menaikkan lagi publisiti Arsenal Fan TV.

Rata-rata mereka memberikan sokongan agar Arsenal Fan TV teruskan usaha mereka dengan mengerah usaha ke sana ke mari untuk mendapatkan pandangan penyokong walaupun ada yang kurang berkenan.

Seorang penyokong Arsenal lagi memberitahu, Bellerin akan pergi bila-bila masa jika kelab seperti Barcelona datang sekali lagi kepada beliau, namun Arsenal Fan TV tak boleh dibeli oleh mana-mana kelab kerana mereka adalah penyokong.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN