Angel Di Maria Jumpa Pakar Psikologi Untuk Atasi Tekanan Dari Peminat

Dalam bola sepak, pemain tidak dapat lari dari kritikan terutamanya yang hadir dari mulut peminat.

Ada yang memberikan kritikan yang membina, tetapi ada juga yang memberikan kritikan yang keras yang kadangkala meruntuhkan motivasi pemain itu.

Bagi Angel Di Maria, menjadi pemain bola sepak terutamanya bagi pemain skuad kebangsaan Argentina – ia sememangnya sukar.

Tekanan dan kekecewaan yang diterima oleh pemain skuad kebangsaan Argentina nyata memuncak selepas mereka tewas 3 perlawanan akhir berturut-turut.

Disebabkan itu, beliau memilih untuk berjumpa pakar psikologi untuk mengatasi masalah ini.

Beliau berkata, berjumpa dengan pakar psikologi telah membantu beliau untuk menjadi pemain yang lebih baik dalam menghadapi tekanan.

“Kami sebagai pemain kebangsaan Argentina telah menerima pelbagai kecaman, ia sedikit sebanyak mengguris hati kami semua.”

“Saya boleh saja lari dari kecaman itu semua, tetapi apabila saya lihat keluarga saya turut menerima nasib yang sama adakah saya mahu tinggalkan semua itu?”

“Keputusan saya untuk berjumpa pakar psikologi nyata membuahkan hasil. Saya mula meluahkan apa yang membebankan kepala saya.”

“Saya banyak membaca perkara yang lucu di telefon pintar dan juga komputer. Ia buatkan saya ketawa dan berasa lebih baik!”

Argentina tumbang di 3 perlawanan akhir yang disertai mereka.

Pertama, mereka tewas di tangan Jerman dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2014 sebelum mereka tewas di tangan Chile pada 2 perlawanan akhir Copa America berturut-turut.

Kekalahan itu membawa kepada Lionel Messi, Gonzalo Higuain dan beberapa pemain lain mengambil keputusan untuk bersara dari bola sepak antarabangsa.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN