Amirudin Shaari Kecewa Tweet Palsu Cuba Ganggu Usaha Penyatuan Dalam Bola Sepak Selangor

Beberapa hari lalu berlegar di media sosial kenyataan yang agak panas menerusi muat naik status di Twitter, kenyataan yang kononya daripada EXCO Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan & Pembangunan Usahawan Selangor, Yang Berhormat Amirudin Shaari.

Kicauan Tweet yang berbunyi:

“Hanya 12,000 penyokong (hadir perlawanan Selangor vs KL di Cheras dalam perlawanan pertama MSL2018). Maka benarlah tidak ada keperluan untuk benarkan (Selangor) bermain di Stadium Shah Alam.”

Ia telah mengundang reaksi marah segelintir penyokong Selangor yang mengaggap itu adalah kenyataan daripada tweet rasmi Amirudin Shaari kerana adanya tanda biru.

Amirudin Shaari kemudian memberikan respon tenang menyatakan ia satu ‘percubaan yang baik’ daripada pihak yang mahu mengeruhkan keadaan di antara beliau dan penyokong Selangor. Tweet itu disahkan palsu oleh beliau.

Beliau ternyata menghidu ada pihak yang mulai panas dengan usaha pihak beliau, penyokong dan beberapa pihak lain untuk bersatu dalam isu Stadium Shah Alam.

Sebelum ini, Badan Bertindak Penyokong Selangor telah bertemu dengan Amirudin Shaari untuk memperjuangkan agar Selangor bermain di Shah Alam sebagai halaman mereka.

Amirudin Shaari sudah memberikan janji akan cuba menyelesaikan masalah itu. Dalam isu ini, kerjasaman dan penyatuan semua pihak dalam bola sepak Selangor sangat penting.

Selangor gagal mendapatkan hak bermain di Stadium Shah Alam. Mereka juga gagal mendapatkan hak bermain di Stadium Nasional Bukit Jalil. Buat masa ini, Selangor berkongsi rumah dengan Kuala Lumpur dan PDRM di Stadium Cheras.

Berbalik kepada isu tweet palsu, sekarang ini banyak aplikasi yang boleh digunakan untuk mereka tweet palsu dengan ‘blue tick’. Jadi kita kenalah bijak dalam menilai mana satu yang asli dan yang mana satu yang palsu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN