Real Madrid sekali lagi dikejutkan pasukan kelompok bawahan liga. Kali ini mereka diikat Levante pada minit-minit akhir perlawanan.
Real Madrid mendominasi 72% perlawanan dengan 23 percubaan ke arah gol. Mereka mendahului pada minit ke-11 menerusi Sergio Ramos. Namun ianya disamakan oleh Boateng pada minit ke-42 sebelum rehat separuh masa.
Setelah bertungkus lumus mencari gol pendahuluan sekali lagi, Real Madrid akhirnya berjaya berada 2-1 di hadapan menerusi jaringan Isco pada minit ke-81.
Namun begitu, Giampalo Pazzini yang sebelum itu masuk pada minit ke-77 telah menjadi hero Levante untuk mendapat 1 mata daripada perlawanan ini, ketika Real Madrid sudah berkira-kira untuk menang. Pazzini menjaringkan gol pada minit ke-89.
Agak ironi kerana Gareth Bale sebelum ini menyatakan adalah lebih mudah untuk menang di La Liga berhadapan dengan pasukan kerdil di EPL yang memerlukan setiap pemain beraksi 100% untuk 90 minit.
https://twitter.com/Tajudeen000/status/959906332663996416
Ini adalah keputusan seri ke-6 Real Madrid musim ini dicampur dengan 4 kekalahan. Mereka juga hanya menang 1 daripada 6 perlawanan La Liga terakhir dan meletakkan Real Madrid di tangga ke-4 hanya 2 mata di atas Villareal yang berada di tangga ke-5.
Selepas tamat perlawanan, Sergio Ramos kecewa dengan beberapa keputusan yang tidak memihak kepada mereka musim ini meskipun mereka menguasai perlawanan. Zidane pula menganggap keputusan ini sebagai menjengkelkan.
“Tahun ini (2018) agak sukar untuk kami kerana kami gagal mencatat keputusan terbaik dalam 6 perlawanan setakat ini. Ia menjengkelkan kami, dengan keputusan serta aksi pasukan yang telah kami tunjukkan.”
“Kami menguasai perlawanan, melakukan banyak kerja sukar dengan baik, namun kami tidak tahu cara untuk menjaringkan gol. Dan 2 kesilapan kami membawa kepada 2 gol lawan.”