Kedah dan JDT akan mengulangi pertemuan Piala Sumbangsih selepas musim lalu dibawa pulang oleh Kedah dengan kemenangan dalam penentuan sepakan penalti.
Rekod pertemuan
JDT masih tak kalah dalam 6 perlawanan terakhir menentang Kedah. JDT menang 3 perlawanan dan 3 seri. Ini bermakna Kedah masih gagal menang ke atas JDT dalam tempoh yang sama.
Dalam tempoh itu juga JDT mencatatkan kemenangan besar 5-0 pada 16 Julai 2016 dalam Liga Super.
Kali terakhir Kedah menang ke atas JDT (dalam 90 minit) adalah pada 16 April 2016.
Pemain tumpuan
Jorge Pereyra Diaz (JDT)
Pemain ini nama yang digeruni dalam bola sepak Malaysia beberapa musim yang lalu. Beliau akan kembali semula ke dalam pasukan untuk menggalas cabaran bersama JDT musim ini.
Khairul Helmi (Kedah)
Kami memilih kapten Kedah ini sebagai pemain tumpuan kali ini kerana kualiti serangan JDT memerlukan beliau menyusun dan meng-organisasi barisan pertahanan. Ia bukan tugas mudah.
Prestasi
Pasukan JDT dan Kedah masing-masing tewas kepada lawan dari Thailand dalam perlawanan sebelum ini. Bezanya, JDT tewas perlawanan kompetitif dan Kedah tewas dalam perlawanan pra-musim.
Sebelum Wisel
Ini adalah pertemuan di antara 2 pasukan yang paling berjaya dalam 2 musim terakhir.
3 kejuaraan MSL, 1 Liga Perdana, 2 Piala Malaysia, 2 Piala Sumbangsih dicatatkan 2 pasukan ini dalam tempoh tersebut.
Mampukah Kedah mengulangi kejayaan membawa pulang Piala Sumbangsih dari bumi Larkin sekali lagi lantas mempertahankan Piala Sumbangsih milik mereka.
Jangan lupa saksikan perlawanan Sumbangsih pertama disiarkan di Iflix ini. Kongsikan ramalan dan harapan anda dengan kami.