West Ham United Akhirnya Pecat Pegawai Kelab Yang Terlibat Isu Rasis

West Ham United telah bertindak untuk memecat pegawai kelab, Tony Henry. Kelab itu menjadi tumpuan kerana beliau telah membuat kenyataan berbaur perkauman.

Ini disebabkan Tony tidak mahu menandatangani pemain Afrika. Maklumat sulit sebegini telah pun terbocor kepada media Britain.

Kelab London itu telah membuat siasatan dalaman dan keputusan tidak berpihak kepada Tony sendiri.

Komen David Moyes

Pengurus West Ham United, David Moyes menganggap kontroversi ini mengejutkan. Walhal pada beberapa hari sebelum kejadian itu berlaku, West Ham sedang berusaha mendapatkan dua orang pemain dari Afrika.

Pemain yang dimaksudkan ialah Islam Slimani dan Ibrahim Amadou. Malah, dikatakan Tony sendiri terlibat dalam pemilihan pemain yang disebutkan tadi.

Namun begitu, usaha The Hammers mendapatkan kedua-dua pemain itu gagal. Islam Slimani berpindah ke Newcastle United melalui pinjaman dari Leicester City. Ibrahim Amadaou pula kekal di Lille.

Kejadian ini perlu dijadikan iktibar kepada mana-mana pemain. Disiplin amatlah penting supaya tidak ada diskriminasi terhadap orang lain kerana sikap menjengkelkan anda.

Apatah lagi jika pemain tersebut bukanlah berasal dari negara tersebut. Ya, perbuatan ini boleh menjejaskan periuk nasi orang lain.

Kepada kelab, bersikap generalisasi atau stereotaip perlu dibuang. Apatah lagi di zaman dunia tanpa sempadan. Kesilapan kecil anda boleh menjejaskan nama baik kelab.

Palace gantung pegawai akademi

Gary Issott. Sumber: The Sun.

Dalam perkembangan lain, Crystal Palace pula membuat siasatan dalaman terhadap pegawai akademi kelab. Pegawai akademi tersebut, Gary Issott pula digantung tugas di kelab itu.

Laporan daripada The Times mengatakan beliau cuba untuk mandi bersama pemain bawah-18 tahun kelab selepas perlawanan. Kejadian itu dilaporkan berlaku setelah perlawanan peringkat belia pada November tahun lalu.

FA England juga telah mengambil keputusan untuk menggantung Gary Issott. Palace bakal menghantarkan hasil siasatan kepada badan induk tersebut.

Difahamkan pengurusan Palace juga telah menemui keluarga pemain terlibat untuk sesi soal siasat. Barangkali kerajaan Britain terpaksa bertegas dengan isu seperti ini.

Maklumlah industri bola sepak mereka antara bereputasi tinggi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN