Dunia bola sepak dikejutkan dengan berita sebuah kelab yang tidak mahu menandatangani pemain dari benua Afrika. Kelab tersebut ialah West Ham United yang bersaing dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).
Tony Henry, pegawai pengambilan pemain bagi kelab itu telah dikatakan menggubal dasar untuk tidak mengambil pemain daripada benua tersebut.
Tindakan segera telah diambil oleh pihak bertanggungjawab.
Digantung
Setelah berita ini tular, The Hammers telah mengambil tindakan dengan menggantung tugas Tony. Tugasan beliau digantung sehingga siasatan dalaman selesai.
West Ham United dalam kenyataannya bahawa mereka tidak akan bertoleransi kepada sesiapa yang berpegang kepada sifat diskriminasi. Walaupun terhadap berbeza jantina, umur, agama serta bangsa.
Selain itu, West Ham bertegas bahawa mereka mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk bersama West Ham. Meskipun begitu, kelab London itu tidak mengeluarkan sebarang komen lanjutan mengenai pengantungan Tony Henry.
FA England masuk campur
FA England dikhabarkan juga telah campurtangan dalam perkara ini. Badan induk itu juga telah mengarahkan semua dokumen berkaitan mesti dihantar kepada mereka.
Ini juga termasuk butiran-butiran e-mel yang telah terbocor kepada pihak ketiga.
Selain itu, Professional Football Association (PFA) mengalu-alukan tindakan West Ham menggantung khidmat Tony Henry. Walaupun sebelum ini mereka melahirkan rasa terkejut dengan berita ini.
Penutup
Skandal ini merupakan loceng amaran kedua buat bola sepak Eropah amnya di Britain. Ia terjadi lebih kurang setahun selepas skandal seks serta pencabulan maruah oleh jurulatih belia.
Bagi kami, tindakan diskriminasi atau ‘double-standard’ amatlah dipandang serius. Bola sepak ialah sukan yang indah dan kenapa perlu dirosakkan?
Tidak hairanlah masih wujud gerakan yang menentang diskriminasi. Persoalannya kenapa gerakan tersebut masih bergerak aktif?
Sifir mudah, kerana masih ada kewujudan diskriminasi dalam sukan bola sepak!