Baru-baru ini, laman JOHOR Southern Tigers (JST) telah mengeluarkan satu klip melibatkan Tunku Mahkota Johor (TMJ) dalam sebuah perlawanan bola sepak.
Dalam aksi perlawanan akhir Kejohanan Staf Istana Johor, TMJ beraksi dalam perlawanan tersebut dengan menyarung jersi bernombor 34.
Apa yang menariknya, TMJ telah mencuri tumpuan dengan melakukan terjahan keras terhadap Pengarah Sukan JDT (sporting director) iaitu Martin Prest.
Terjahan keras itu nyata mengejutkan penonton yang hadir dengan Prest dilihat menjerit kesakitan sewaktu diterjah.
Laman Twitter JST juga mengatakan terjahan itu sepatutnya TMJ memperoleh kad merah secara terus (straight red card).
Namun kata laman Twitter JST, pengadil itu “separuh buta”.
“TMJ.. kad merah kerana menerjah Martin Prest.. tetapi pengadil itu separuh buta..”
PALACE STAFF FOOTBALL TOURNAMENT FINAL
TMJ… Straight red for tackling Martin Prest… but the referee was half-blind… pic.twitter.com/qxfzkKW84b
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) January 28, 2018