Analisis: Higginbotham Jelaskan Kenapa Conte Mahukan ‘Target Man’

Danny Higginbotham menjelaskan analisis beliau tentang kenapa Chelsea mahu mendapatkan ‘target man’ klasik dalam jendela perpindahan kali ini.

Chelsea telah dikaitkan dengan nama seperti Andy Caroll, Peter Crouch, Edin Dzeko dan kini Olivier Giroud.

(Photo credit should read FILIPPO MONTEFORTE/AFP/Getty Images)

Dalam penjelasan Higginbotham beliau menyatakan seperti berikut.

1. Sistem

Chelsea tidak banyak mengubah formasi mereka pada musim ini. Kekal dengan sistem bek bertiga walaupun kadangkala dengan 3-4-3, 3-4-2-1, 3-5-1-1 atau 3-5-2.

Mereka masih mengutamakan sistem seorang penyerang ‘target man’ seperti musim lalu jika Morata cergas. Dan Hazard-Willian/Pedro sebagai penyerang kedua atau penyerang sayap.

LONDON, ENGLAND – DECEMBER 20: Alvaro Morata of Chelsea celebrates after scoring his sides second goal with his Chelsea team mates during the Carabao Cup Quarter-Final match between Chelsea and AFC Bournemouth at Stamford Bridge on December 20, 2017 in London, England. (Photo by Clive Rose/Getty Images)

Dalam sistem 3-5-2 atau 3-5-1-1 pula Hazard akan menjadi penyerang kedua di belakang Morata.

2. Hantaran silang

Chelsea musim ini lebih aktif melakukan hantaran silang. Musim lalu mereka menjadi pasukan ke-15 daripada 20 pasukan melakukan hantaran silang.

Setakat ini, mereka telah menjadi pasukan ke-3 terbanyak melakukan hantaran silang. Ataupun secara purata, musim lalu mereka melakukan 12.8 hantaran silang per perlawanan.

Musim ini meningkat mendadak kepada 15.6 hantaran silang per perlawanan. Catatan gol dari hantaran silang meningkat daripada 5 untuk sepanjang musim lalu kepada 11 gol setakat ini, liga masih panjang.

Jadi, Conte merumuskan kekuatan utama mereka adalah hantaran lintang. Mereka perlu konsisten menggunakan kekuatan itu.

3. Ruang di sisi

Chelsea banyak bergerak di sisi dengan bek sayap mereka, Alonso dan Moses bergerak sangat jauh ke atas. Apa yang berlaku, 2 pemain ini akan mewujudkan ruang di tepi ataupun di belakang mereka.

Ini kerana pertahanan sisi lawan sangat berhati-hati dengan ancaman bek sayap Chelsea dan mereka akan cuba merantai 2 bek sayap ini.

Apabila ini berlaku, Azpilicueta akan naik membantu bek sayap kanan. Dan Azpilicueta membuktikan dia adalah penghantar bola lintang yang efektif. Beliau banyak mencipta gol untuk Morata musim ini.

4. Tanpa Morata

Sistem ini jelas akan bermasalah bila tiada Morata. Conte hanya ada seorang ‘target man’ yang berkesan setakat ini. Pasti Conte merindui Costa. Namun apakan daya, mereka berdua sudah tidak sehaluan tempoh hari.

Baiklah, apabila tiada Morata, mereka akan berharap kepada pemain seperti Hazard yang beberapa kali menjadi 9 jadian musim ini.

Dengan serangan Hazard-Pedro serta Willian, amat sukar untuk mereka mendapatkan hasil menerusi hantaran lintang.

Kualiti hantaran lintang mereka akan jadi sia-sia begitu sahaja dan mampu mempengaruhi motivasi pemain di dalam padang.

Rumusan

Ia bukan sesuatu yang mengejutkan kerana Conte mahu memastikan satu sistem yang konsisten. Beliau menilai Chelsea musim ini ada kekuatan dengan hantaran lintang.

Pemain yang boleh melakukannya adalah seperti Alonso, Willian, Azpilicueta, Moses, dan Zappacosta.

(Photo by Darren Walsh/Chelsea FC via Getty Images)

Morata kerap disisihkan kerana isu kecergasan. Agak mustahil melihat pemain ini cergas setiap minggu. Apabila Morata tiada, sistem permainan kena berubah. Itu bukan sesuatu yang Conte inginkan.

Paling ketara kesannya apabila Morata terpaksa dikeluarkan ketika perlawanan. Pastinya sukar untuk memberikan arahan taktikal alternatif.

Ini juga isyarat kepada Batshuayi yang beliau harus meningkatkan aspek fizikal di dalam padang berbanding dengan terlalu banyak berbalas komen dengan FIFA di Twitter ataupun beliau akan dijual.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN