Dikecam Hebat Penyokong, Leeds United Pertimbang Semula Penggunaan Logo Baharu

Macam-macam berlaku dalam kancah bola sepak ketika ini ya?

Mula-mula dengan video pengenalan Alexis Sanchez sebagai pemain Manchester United yang kemudiannya muncul parodi video tersebut yang dilakukan oleh pasukan Motherwell.

Terbaharu, pasukan England iaitu Leeds United telah mengeluarkan rekaan logo baharu kelab mereka.

Akan tetapi, logo itu tidak disenangi oleh majoriti penyokong mereka.

Dalam pengenalan logo tersebut, Leeds United menyatakan mereka mengambil masa selama 6 bulan untuk menyiapkan logo itu.

Malah mereka juga mendakwa telah mendapatkan pendapat dari 10 ribu orang responden.

Dalam kemarahan yang ditunjukkan oleh peminat pasukan mereka, ada yang menyatakan kemungkinan 10 ribu responden tersebut adalah dalam kalangan pembenci pasukan mereka!

Malah ada yang mengganggap logo baharu Leeds United ini merupakan tragedi bagi seorang penyokong. Bagi beliau, tragedi ini lebih teruk daripada beliau menyaksikan neneknya yang sedang nazak.

Akaun Twitter Pro Evolution Soccer (PES) turut serta menyatakan pendapat mereka dalam hal ini. Bagi mereka, Leeds United mengambil inspirasi dari PES2 untuk dijadika logo baharu pasukan.

Malah, Aston Villa juga turut serta!

Pertimbang semula

6 jam selepas melancarkan logo terbaharu, pihak Leeds United telah mengambil keputusan untuk mempertimbangkan semula penggunaan logo baharu itu.

Hal ini kerana, mereka mendapati logo tersebut telah mengundang kecaman yang terlalu banyak kepada pihak kelab.

Pihak kelab mengatakan, 10 ribu responden yang dimaksudkan kelab adalah terdiri daripada legenda kelab, pemain semasa Leeds United, staf kelab, pemilik kelab, rakan kongsi serta wakil dari komuniti Leeds dan juga Yorkshire.

Wakil kelab berkenaan sedar tindakan berani untuk mengubah logo itu pastinya akan mengundang kontroversi namun tidak menyangka ianya memberikan impak negatif yang terlalu tinggi.

“Kami sedar yang tindakan memperkenalkan logo baharu kelab terutamanya yang akan memecahkan tradisi kelab pastinya akan mengundang kontroversi.”

“Tapi kami tak pernah menyangka logo itu akan dikecam begitu teruk!”

Seorang pemegang pas bermusim Leeds United telah tampil dengan rekaan logo alternatif dengan mengubah sedikit daripada logo asal.

Jika Leeds United memerlukan 6 bulan untuk mereka logo baharu, pemuda itu mengatakan beliau memerlukan 6 minit sahaja untuk mencipta logo alternatif tersebut!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN