Vietnam Catat Sejarah Mara Ke Perlawanan Akhir Kejohanan AFC B-23

Vietnam mencatat sejarah tersendiri mereka tersendiri di dalam arena bola sepak, apabila skuad B-23 mereka berjaya menewaskan Qatar di peringkat separuh akhir Kejohanan AFC B-23 sebentar tadi.

Turun dengan formasi 5-3-2, Vietnam menyandarkan harapan di bahagian serangan kepada Phan Van Duc dan juga Nguyen Cong Puong.

Manakala Qatar yang menyingkirkan Palestine di peringkat suku akhir, turun dengan formasi 4-1-4-1, dengan Almoez Ali yang sudah menjaringkan 6 gol menuju ke perlawanan separuh akhir; juga pendahulu senarai penjaring terbanyak kejohanan terus menjadi sandaran memburu gol.

Sumber: AFC, Facebook.

Vietnam terlebih dahulu cuba menguji pertahanan Qatar seawa minit pertama, namun percubaan Nguyen Quang Hai dengan menggunakan kaki kiri, tinggi melepasi palang gol Qatar.

Selepas itu perlawanan menyaksikan Qatar mendominasi permainan, menggunakan kelebihan pemain yang mereka miliki di bahagian tengah.

Minit ke-38 mengundang padah buat Vietnam apabila Qatar dianugerahkan sepakan penalti selepas Almoez Ali dijatuhkan oleh Bui Tien Dung II di dalam kotak penalti.

Terjahan keras pemain pertahanan Vietnam tersebut sekaligus menjadikan beliau pemain pertama menerima layangan kad kuning dalam aksi separuh akhir ini.

Pemain berjersi No.10, Akram Afif mudah menyempurnakan penalti tersebut untuk Qatar mendahului 1-0 sehingga tamat babak pertama perlawanan.

Separuh masa kedua perlawanan, Vietnam mengeluarkan Nguyen Cong Phuong dan memasukkan Ha Duch Chinh.

Bermula babak kedua perlawanan, Qatar meneruskan penguasaan perlawanan dengan percubaan-percubaan daripada Hashim Ali, Almoez Ali antaranya berjaya dihadang oleh pertahanan Vietnam.

Sumber: AFC, Facebook

Minit ke-68 perlawanan, percubaan Nguyen Quang Hai mengegarkan palang gol Qatar dengan rembatan deras kaki kiri selepas menerima hantaran hasil sepakan percuma oleh Vu Van Thanh

Kegagalan tersebut tidak menghalang Vietnam terus memburu gol penyamaan apabila selang seminit selepas itu, Nguyen Quang Hai kali ini menggunakan kaki kanan, merembat deras ke penjuru bawah sebelah kiri, menewaskan Mohammed Al Bakar untuk menjadikan kedudukan Qatar 1-1 Vietnam.

Selepas jaringan tersebut, Vietnam tampil lebih yakin untuk memenangi perlawanan ini. Nguyen Quang Hai terus menyukarkan pertahanan Qatar, tetapi mujur percubaannya dari dalam kotak penalti dihadang oleh pertahanan Qatar pada minit ke-73 perlawanan.

Qatar turut memiliki peluang untuk mencari gol kedua perlawanan melalui Akram Afif, namun percubaan pemain tersebut pada minit ke-84 perlawanan berjaya ditampan oleh penjaga gol.

Almoez Ali akhirnya meletakkan Qatar di hadapan pada minit ke-86 perlawanan apabila menyempurnakan peluang dari jarak dekat selepas sepakan penjuru.

Tersentak dengan gol tersebut, Vietnam cuba melakukan serangan balas untuk memburu gol penyamaan.

Berbaki dua minit, Nguyen Quang Hai muncul wira Vietnam apabila rembatan kaki kirinya dari luar kotak penalti menerjah jaring untuk mengikat kedudukan sehingga tamat tempoh 90 minit perlawanan.

Masa tambahan menyaksikan kedua-dua pasukan buntu mencari gol kemenangan sehingga perlawanan terpaksa ditentukan melalui penentuan sepakan penalti.

Vietnam akhirnya melangkah ke perlawanan akhir selepas sepakan penalti Vu Van Thanh menerjah jaring selepas sepakan terakhir oleh Qatar yang diambil oleh Sultan Al Brake diselamatkan oleh penjaga gol Vietnam.

Vietnam melangkah ke perlawanan akhir dengan jaringan 2-2 dan memenangi penentuan sepakan penalti dengan jaringan 4-3.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN