Menangi Baucar Teva Bernilai RM50 Sempena Pembukaan Rasmi Butik Pertama Mereka!

Bagi majoriti daripada kita, kasut atau sandal merupakan satu perkara yang diambil berat dalam cara penggayaan kita.

Ia adalah perkara biasa kerana sudah semestinya kita ingin nampak sepadan dengan pakaian yang kita peragakan.

Jenama Teva merupakan sebuah jenama kasut dan juga sandal yang berasal dari Grand Canyon di Amerika Syarikat.

Bermula pada tahun 1984, syarikat yang diasaskan oleh Mark Thatcher ini mempunyai pelbagai rangkaian pilihan kasut yang terdiri daripada sandal, kasut, boot, slides dan juga flip flop.

Selain itu juga, mereka turut mempunyai siri Originals yang di mana rekaan yang dihasil merupakan rekaan asli jenama Teva itu sendiri.

Koleksi Originals oleh Teva. Gambar: Teva

Pertama di Malaysia

Jenama Teva mungkin sudah bertapak dalam dalam industri kasut di negara kita.

Namun begitu, sehingga kini mereka belum lagi mempunyai butik mereka sendiri di mana-mana lokasi di negara kita.

Namun penantian itu bakal berakhir apabila Teva mengumumkan mereka akan merasmikan butik pertama mereka di Malaysia pada bulan Februari ini!

Butik pertama yang akan dilancarkan pada 3 Februari 2018 pada jam 10 pagi itu terletak di Lot F-008 di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.

Poster pelancaran butik pertama Teva yang akan berlangsung pada 3 Februari 2018.

Bersempenan dengan pelancaran butik Teva ini, kami di Semuanya BOLA berbesar hati ingin memberikan baucar bernilai RM50 kepada 50 pembaca bertuah kami!

Tetapi bagaimana nak menang baucar tersebut? Ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Pastikan anda LIKE laman Facebook Semuanya BOLA dan juga Prestige Sports
  2. Isi butiran peribadi anda seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan juga alamat email di dalam Google Forms yang kami sediakan di sini.
  3. Selepas mengisi butiran, SHARE artikel ini di Facebook anda berserta hashtag #SemuanyaBOLA, #PrestigeSports dan juga #Teva (pastikan post anda itu Public ya!)

Pertandingan ini akan berakhir pada 30 Januari 2018 sementara para pemenang akan diumumkan pada 31 Januari 2018.

Para pemenang boleh menuntut baucar kemenangan pada 3 Februari 2018.

Apa tunggu lagi, jom sertai! Mana tahu anda antara 50 yang bertuah itu?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN