Penyokong Rennes Kecewa, 2 Piala Mereka Hilang Dari Kabinet Kelab

Presiden kelab Rennes, Olivier Letang pada Sabtu lalu telah membuat kenyataan media rasmi tentang kehilangan 2 Piala Coupe De France daripada kabinet piala mereka.

Laporan polis sudah pun dibuat oleh pihak kelab. Penyokong Rennes marah dan kecewa dengan berita itu kerana ia piala paling berharga. Kali terakhir mereka menang piala adalah pada 1983, itupun piala divisyen 2 Perancis.

Penyokong mengutuk pengurusan kelab terutama sekali bahagian keselamatan yang dituduh tidur mati. Bagaimana 2 piala boleh hilang daripada kabinet?

Nilai Coupe De France pastinya lebih tinggi. 2 Piala Coupe De France itu adalah 2 daripada 4 trofi major domestik yang mereka menangi selepas 2 Piala Divisyen 2.

Untuk melihat kelab mereka menjulang lagi piala itu, pastinya bukan sesuatu yang mudah.

Mereka menang Coupe De France pada 1965 dan 1971, dan kedua-dua piala itulah yang hilang. Kini hanya tinggal 2 piala sahaja yang mereka miliki.

Kehilangan piala itu disedari ketika mereka mahu mengeluarkan piala itu untuk tujuan pameran sempena mesyuarat agung tahunan kelab mereka di Roazhon Park.

Namun peminat dan tetamu yang hadir tertanya-tanya, di mana piala mereka? Lalu Olivier Letang (gambar) membuat pengumuman yang sangat mengejutkan. Beliau dalam pengumuman beliau berkata:

“2 Piala yang menjadi simbol keagungan sejarah kelab ini, Piala Perancis 1965 dan 1971 telah hilang daripada simpanan kami.”

“Amat luar biasa apabila ada orang yang mampu mengambil piala itu tanpa pengetahuan kami. Kami akan meminta replika baru untuk piala itu.”

Selepas beberapa siasatan dilakukan, penyokong Rennes lagi kecewa apabila dimaklumkan piala itu sebenarnya sudah hilang beberapa tahun yang lalu dan tidak ada seorang pun wakil pengurusan yang memaklumkannya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN