Robin van Persie Sah Kembali Sertai Feyenoord

Setelah 14 tahun, Robin van Persie kembali menyarung jersi Feyenoord. Pemain berusia 34 tahun itu sebelum ini menamatkan kontrak bersama kelab terkemuka Turki, Fenerbahce.

Beliau melakukan penampilan sulung untuk Feyenoord pada 2001. Ketika bersama kelab Belanda itu, beliau telah menjaringkan 22 gol.

Selain itu, beliau telah turun bermain untuk 78 perlawanan. Pada 2004, Robin van Persie berhijrah ke England untuk menyertai Arsenal.

Bertemu semula

Ketika era di Feyernoord. Sumber: Daily Record.

Rakan sepasukannya dalam pasukan kebangsaan Belanda, Giovanni von Bronckhorst bakal menjadi jurulatih untuk kelab Feyenoord. Selain itu, Dirk Kuyt bakal bersama sekali lagi juga untuk kelab ini

Robin telah diberikan jersi bernombor 32. Nombor tersebut pernah digunakan beliau semasa bersama kelab itu sebelum ini.

Semasa bersama Feyenoord, beliau sempat menjuarai UEFA Cup pada musim 2001-02. Kini UEFA Cup dikenali sebagai Europa League.

Aksi di Fenerbahce

Sewaktu bersama Fenerbahce. Sumber: 101GreatGoals.

36 gol telah dihasilkan oleh beliau semasa bersama kelab Turki tersebut. Malah, beliau sempat beraksi untuk 87 perlawanan.

Musim pertama pada 2015-16 beliau menyaksikan Fenerbahce menduduki tangga kedua Liga Super Turki. Namun begitu, pada musim seterusnya kelab itu tergelincir ke tangga ketiga.

Sudah pasti kelibat Robin van Persie ini dirindui penyokong Feyernoord. Namun, kembali ke tempat asal boleh diertikan sebagai umpama belut pulang ke lumpur.

Kelab terakhir sebelum persaraan?

Pada usia 34 tahun, Feyenoord mungkin adalah kelab terakhir buat bekas penyerang Manchester United dan Arsenal ini sebelum mengumumkan persaraan sebagai pemain..

Sehingga kini, Van Persie telah menjaringkan 184 gol di peringkat kelab, termasuk 48 gol di dalam semua pertandingan bersama Manchester United, di mana beliau meraih kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada musim pertama beliau di Old Trafford.

Van Persie turut tampil lebih daripada 100 kali untuk pasukan kebangsaan Belanda, dan menjaringkan 50 gol untuk skuad The Orange.

Pencapaian terbaik beliau bersama Belanda semestinya ketika Piala Dunia 2010, apabila membantu negaranya menduduki tempat ketiga di kejohanan dunia itu.

Apa-apa pun selamat pulang buatmu Robin van Persie!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN