Di Sebalik Tabir Sistem Pembangunan La Masia Yang Wajib Anda Tahu

Umum mengetahui bahawa sukan bola sepak adalah satu sukan yang sangat popular di dunia. Ianya bukanlah semata-mata kerana perolehan pendapatan yang lumayan, malah daya tarikan seni permainan tersebut yang sangat menarik dan unik.

Tahun demi tahun, dunia sukan bola sepak sentiasa melahirkan ramai bintang ternama. Tetapi tahukah anda bagaimana seseorang pemain bola sepak yang berjaya itu dilahirkan?

Info di bawah ini mampu memberikan anda ruang ilmu yang lebih luas.

Pengenalan

FC Barcelona adalah antara gergasi bola sepak Sepanyol yang dikenali di seluruh dunia. Metodologi atau falsafah bola sepak kelab ini sangat dikagumi.

Disebalik kejayaan tersebut, individu yang bertanggungjawab membangunkan pemain masa hadapan untuk pasukan pertama di FC Barcelona ialah Jordi Roura.

(Photo by Laurens Lindhout/Soccrates/Getty Images)

Jordi Roura ialah nama yang tidak asing lagi bagi peminat ‘The Blaugrana’. Beliau sendiri merupakan produk akademi ‘La Masia’ yang bermain di posisi tengah.

Apa yang lebih menarik, penampilan sulung beliau pada tahun 1988 sebagai seorang pemain professional adalah dibawah kendalian legenda Johan Cryuff.

Jordi Roura (gambar bawah) adalah Pengarah Bola Sepak Remaja di FC Barcelona. Beliau berperanan mengawasi perkembangan semua pemain di La Masia sehingga mereka mencapai usia 17 tahun.

B(Photo credit should read KENZO TRIBOUILLARD/AFP/Getty Images)

Sejak Januari 2015, Roura telah mengendalikan pasukan belia dan simpanan di kelab Catalan itu. Sebagai Pengarah Bola Sepak Remaja di FC Barcelona, visi pembangunan beliau adalah untuk membentuk Barcelona menjadi sebuah kelab yang terkenal didunia.

Ikuti temuramah khas bersama Pengarah Bola Sepak Remaja, FC Barcelona, Jordi Rourra.

B (Photo by Jasper Juinen/Getty Images)

Wartawan: Apakah pendekatan FC Barcelona untuk pembangunan pemain di La Masia? Bagaimanakah persekitarannya?

Jordi Rourra: Konsep di La Masia melibatkan dua komponen utama: Kediaman untuk pemain dan tempat latihan. La Masia (The Ciutat Esportiva Joan Gamper) adalah pangkalan latihan dan asas akademi kelab bola sepak FC Barcelona.

Objektif kami adalah untuk memupuk orang ramai melalui sukan dan memberi bola sepak kepada dua kerjaya iaitu pendidikan dan sukan.

Pada musim 2016/17, beberapa pemain berkelana di sana termasuk 53 pemain bola sepak, 13 pemain bola keranjang, 5 pemain bola baling, 4 pemain futsal dan 2 pemain hoki ais.

Wartawan:  Bagaimanakah sesi latihan di La Masia?

Jordi Rourra: Jika kita mengambil contoh seorang pemain pasukan B-19, jadualnya adalah seperti berikut. Sarapan pagi pada 9:00 pagi, latihan bermula dari jam 10:30 pagi hingga 12:30 tengah hari, makan tengah hari pada jam 1:00 petang, dan kemudian mereka akan memulakan kelas di Masia pada jam 3:00 petang.

Selepas itu, mereka akan makan malam, belajar dan tidur. Semua pemain mesti tidur pada pukul 11 malam.

Wartawan:  Adakah benar pemain mempunyai masa yang terhad untuk menonton tv?

Jordi Rourra: Penggunaan Wi-Fi dan televisyen dimatikan pada masa ini. Pada hujung minggu, jadual waktu lebih fleksibel dan permainan PlayStations diberikan agar mereka mempunyai ruang untuk berhibur.

Sejak kebelakangan ini, perkara yang kita sentiasa waspada di La Masia adalah penggunaan media sosial. Jabatan komunikasi FC Barcelona telah menganjurkan perbincangan dengan para pemain mengenai penggunaan Twitter, Instagram dan Facebook yang betul.

Pembangunan dan persekitaran pemain membesar memberikan gambaran untuk masyarakat umum jadikan ia sebagai rujukan.

Wartawan:  Berapa jumlah pemain yang berlatih di La Masia?

Jordi Rourra: Jumlah pemain yang melatih di Masia adalah 250 orang yang terdiri daripada di seluruh pasukan seperti U19, U16, U13, U14, U12 dan U10.

Dalam 250 pemain ini, terdapat 25 lagi yang bermain untuk Barça B serta pemain pasukan akademi wanita. Dari 250 pemain yang berada di akademi, 53 daripada mereka tinggal di kediaman itu.

Selebihnya pergi ke Ciudad Deportiva Joan Gamper untuk berlatih dengan sistem teksi Club. Pemain bola sepak belia dijemput selepas sekolah dan dibawa ke tempat latihan mereka kerana kebanyakan mereka tinggal jauh dari Barcelona.

Wartawan:  Adakah latihan di La Masia mengalami perubahan dari semasa ke semasa? Adakah ia berubah dalam sepuluh tahun yang lalu?

Jordi Rourra: Sudah tentuk akan ada perubahan dan penambahbaikan. Tetapi asasnya tetap sama mengikut pelaksanaan yang diperkenalkan oleh Johan Cruyff.

Asas sesi latihan adalah seperti latihan ‘rondo’, bermain di ruang yang ketat, pergerakan bola yang berintensiti, dan sebaiknya bermain dengan satu sentuhan bukan dua.

Kami telah memperkenalkan sesi latihan yang tertentu (specific training session) sekali seminggu untuk setiap posisi kerana kami mempunyai kekurangan dalam beberapa bahagian.

Contohnya, sorang pemain pertahanan harus selesa dengan bola tetapi mereka juga perlu tahu bagaimana untuk mempertahankannya. Pemain sayap perlu mempunyai hantaran lintang yang baik dan tahu bagaimana untuk memenangi 1 vs 1.

Pelaksanaan falsafah gaya bola sepak FC Barcelona banyak dipengaruhi oleh kehadiran legenda Cryuff. DNA bola sepak yang diperkenalkan beliau telah kekal bermula daripada pasukan pertama sehingga ke akademi La Masia. Kami bersyukur untuk itu.

Wartawan:  Apabila mencari (scouting) pemain, apa yang anda cari?

Jordi Rourra: Akademi bola sepak FC Barcelona memberi tumpuan kepada bakat. Saiz pemain tidak penting. Pemain boleh tinggi atau pendek. Jika dia mempunyai bakat, dia mempunyai tempat di sini.

Jika persoalannya adalah bilakah Messi baru, Iniesta atau Xavi akan tiba? Jawapannya saya tidak tahu. Kita bercakap tentang tiga tokoh global terkemuka dan sukar untuk mengulanginya.

Apa yang saya tahu ialah terdapat banyak pemain mempunyai masa depan di kelab dan berpeluang untuk pergi ke pasukan pertama.

Jenis pemain yang kita cari adalah mereka yang mampu menyesuaikan diri dengan ciri-ciri yang kita cari dan kebiasaannya pemain-pemain ini cenderung bersaiz lebih kecil.

Mereka bukan di Barça kerana fizikal (saiz), mereka berada di sini kerana mereka boleh bermain bola sepak dengan baik.

Idealnya, saya ingin mereka menjadi besar, kuat, agresif dan cepat tetapi kami mengutamakan bakat. Jika mereka mempunyai bakat, kita akan melihat evolusi fizikal mereka dan akan melakukan adaptasi kemudian.

(Photo by Jasper Juinen/Getty Images)

Rumusan

Sistem pembangunan yang baik begitu signifikan dengan kejayaan sesebuah pasukan. Pemahaman mengenai ‘DNA’ pemain dan falsafah permainan menjadi elemen penting bagi sesebuah kelab bola sepak.

Jika dahulu, kita mempunyai skuad yang mampu ke Olimpik. Mungkin itu hasilnya hanya daripada perancangan jangka masa pendek. Tetapi, bola sepak kini adalah sesuatu yang lebih mampat.

Ia mengenai dominasi jangka masa panjang dan tentu melibatkan proses jangka masa panjang serta komitmen yang kolektif secara holistik.

Di Malaysia, kita mempunyai sistem pembangunan yang baik. Sejak penubuhan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) pada tahun 2014, idea dan perlaksanaannya adalah sangat kontemporari; sesuai dengan tuntutan industri bola sepak moden pada hari ini.

Persoalannya sekarang, adakah tuaian ini akan menjadi seperti yang berlaku di La Masia? Ayuh rakyat Malaysia, sokongan anda amat diperlukan

 

Nota Editor: Artikel ini adalah hasil kiriman pembaca kami, Muhd Fariq. Mahu artikel anda dibaca jutaan peminat bola sepak? Emailkan kepada kami ke alamat [email protected]. Artikel haruslah tidak kurang daripada 350 patah perkataan dan dihantar kepada kami dalam format Microsoft Words.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN