EKSKLUSIF: Kim Swee Gesa Para Pemain Untuk Beri Saingan Lebih Sengit

Ketua jurulatih skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee menggesa anak-anak buahnya untuk kekal fokus dan menunjukkan prestasi seperti yang dipamerkan ketika menentang Jordan dan Arab Saudi untuk saingan suku akhir Kejohanan AFC B-23 2018.

Semuanya BOLA telah menghubungi Kim Swee untuk mendapatkan sedikit maklumat dan pandangannya menjelang aksi suku akhir menentang gergasi Asia, Korea Selatan petang ini di Kunshan, China.

“Pemain harus berdisiplin dengan lebih tinggi lagi dan jika pemain menunjukkan prestasi sepertimana yang mereka tunjukkan sebelum ini, saya percaya kita mampu mendapatkan keputusan yang positif,” gesa Kim Swee.

“Korea Selatan merupakan satu pasukan yang serba lengkap di mana semua pemain-pemain mereka amat berkualiti dan saya tidak nampak banyak kecatatan di mana bahagian tertentu.

“Yang penting kita harus tahu apa corak taktikal yang kita akan gunakan nanti,” tambahnya lagi ketika diminta mengulas mengenai kelebihan dan kekurangan lawannya itu nanti.

Foto: The AFC.

 

Untuk aksi Kumpulan D, Korea Selatan tidak tewas dalam tiga perlawanan, merekodkan dua kemenangan dan satu seri iaitu ketika menentang Syria. Mereka layak ke suku akhir selaku juara kumpulan.

“Mereka merupakan satu pasukan yang cukup berpengalaman di mana sentiasa bermain dalam peringkat remaja, peringkat tertinggi iaitu Piala Dunia dan ini pasti akan memberi cabaran yang cukup besar buat pasukan kita.

“Dan pada masa yang sama saya percaya pemain akan kekal fokus seperti mana yang mereka tunjukkan ketika menentang Arab Saudi,” ujar Kim Swee lagi kepada Semuanya BOLA.

Sebelum kejohanan berlangsung, Semuanya BOLA telah bertanyakan sasaran yang ditetapkannya untuk penampilan pertama skuadnya dalam kejohanan ini dan nampaknya ia telah berjaya direalisasikan.

Malaysia menamatkan saingan peringkat kumpulan dengan menduduki tempat kedua selepas berjaya menundukkan Arab Saudi 1-0 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan, Sabtu lalu.

Berjaya melepasi peringkat kumpulan yang pada awalnya dikatakan sesuatu yang pasti sukar kerana faktor ‘Pak Arab’ adalah sesuatu yang membanggakan buat Kim Swee dan para pemainnya.

“Walaupun kita layak ke peringkat suku akhir bukan bermakna kita harus berpuas hati sehingga tahap ini tetapi kita perlu mengambil peluang dalam peringkat ini untuk memberi saingan yang lebih sengit,” jelas Kim Swee.

“Ini (menentang Korea Selatan) pasti akan mencabar kredibiliti pemain kita lagi dan saya harap pemain terus kekal fokus seperti mana yang mereka tunjukkan sepertimana ketika bermain dengan Jordan Dan Arab Saudi,” tambahnya lagi.

Kim Swee pernah menyatakan kepada Semuanya BOLA prinsipnya iaitu, ‘memiliki statistik yang baik tidak semestinya akan memenangi perlawanan’ dan adakah sekali lagi Kim Swee akan menampilkan aksi bertahan?

“Statistik adalah untuk kita membuat rujukan dan apabila bermain dengan Arab Saudi, statistik tidak menyebelahi kita daripada segi penguasaan padang dan hantaran-hantaran, tetapi kita berjaya mendapatkan keputusan.

“Bagi saya statistik tidak boleh menentukan segala kejayaan,” tegasnya kepada Semuanya BOLA serta menyatakan ianya terpulang kepada apa yang kita inginkan dan apa yang berlaku ketika perlawanan berlangsung.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN